Ducati hadirkan pejuang jalanan V2
Tahun 2022 boleh dikatakan sebagai tahun keramat Ducati Italia apabila mereka memenangi kedua-dua perlumbaan motosikal dunia iaitu apabila menjadi juara di kejohanan MOTOGP dan juga kejohanan WSBK. Sebut sahaja nama PANIGALE, para peminat Ducati atau motosikal akan membayangkan sebuah motosikal “sports” yang begitu sinonim dengan rupa bentuk fizikal dan prestasi enjin yang begitu hampir dengan sebuah motosikal lumba.
Umum mengetahui terdapat dua versi Panigale dan Streetfighter ini iaitu versi V4 dan satu lagi V2. Secara ringkasnya, V2 adalah versi yang lebih rendah kuasa dan prestasi enjinnya serta harga jualan yang lebih rendah berbanding di antara keduanya. Maka versi ‘naked’ ini dikenali dengan nama model Streetfighter.
Pulas kunci dan tombol suis untuk menghidupkan enjin, bunyi enjin V-berkembarnya yang sinonim dengan nama Ducati sejak zaman berzaman berkumandang daripada corong ekzos uniknya. Gegaran daripada enjin, samada ketika keadaan melahu atau pun ketika bergerak mencari kuasa pecutan, akan hanya dihargai para pencinta sejati. Ducati tidak pernah menyembunyikan tentang getaran yang bakal dirasakan samada daripada enjin, bar pemegang atau pun di pemijak kaki.
Antara faktor yang turut menambah kestabilan penunggangan Ducati Streetfighter V2 ini adalah lengan ayunnya adalah jenis tunggal tetapi berukuran 16mm lebih panjang berbanding Panigale.Jentera Itali ini bukan untuk semua ‘biker’, selain daripada harganya yang mencecah RM112,500 sebelum cukai jalan, insurans dan pendaftaran, model ini tidak memberikan keselesaan pada penunggangannya. Malah perkataan santai bukanlah untuk model ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Beli baju Melayu, berpeluang menang motosikal, gelang emasKeseluruhan hadiah bernilai RM20,000 itu khusus buat pengunjung yang membeli pakaian baju Melayu berjenama The Soultan & Permaisuri.
Read more »
Pelajar sekolah maut langgar MPVKejadian pukul 9.50 malam itu menimpa mangsa berusia 15 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Selangor
Read more »
Bomba kenalpasti 14 titik panas kemalanganPasukan penyelamat bercadang menempatkan jentera dan keanggotaan kawasan titik panas kemalangan sepanjang lebuh raya di seluruh negara.
Read more »