KOTA BHARU: Dua premis menjual buah durian di Tanah Merah dan Kuala Krai dikenakan kompaun RM1,000 bagi tiap peniaga, kerana gagal meletakkan tanda ha...
Dua premis menjual buah durian di Tanah Merah dan Kuala Krai dikenakan kompaun RM1,000 bagi tiap peniaga, kerana gagal meletakkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan untuk perdagangan dalam Ops Duri semalam.
Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata pihaknya menggunakan batu pemberat bagi menentukan berat yang tepat semasa pemeriksaan. Beliau berkata tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana peniaga didapati menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.
“Sebelas premis menjual durian di Tanah Merah dan Kuala Krai telah diperiksa dalam operasi hari ini. Kita mengingatkan kepada peniaga-peniaga durian supaya sentiasa menggunakan alat timbang yang sah, membuat penandaan harga yang sempurna dan tidak mengelirukan pengguna supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya. – Bernama
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Denda RM100, penjara dua hari beli baja tanpa usul periksatawau Gara-gara membeli 891 guni baja tanpa usul periksa, seorang lelaki didenda RM100 dan penjara dua hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tawau, hari ini
Read more »
Peniaga hilang lebih dua minggu, ditemui matisungaipetani SEORANG peniaga yang dilaporkan hilang sejak lebih dua minggu lalu ditemui mati di sebatang anak sungai di Bandar Seri Astana di Sungai Petani, petang hari ini.
Read more »
Putrajaya digesa tingkat perdagangan dua hala dengan China | The Malaysian InsightCovid-19 menyaksikan perdagangan Malaysia dengan China menurun sebanyak 1.5% pada April 2020.
Read more »
Polis serbu syarikat penerbit buku isu Jata Negara | The Malaysian Insight313 buku masih disimpan di premis berkenaan manakala 687 sudah dijual secara dalam talian.
Read more »
JAS Terengganu keluarkan 56 kompaunJABATAN Alam Sekitar (JAS) Terengganu mengeluarkan 56 kompaun dengan nilai keseluruhan RM112,000 kerana kesalahan berkaitan pengendalian dan pengurusan bahan buangan dalam Ops Gempur di daerah Kemaman.
Read more »
15 premis perniagaan tak patuh SOPSEBANYAK 15 premis diberi nasihat kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Read more »