Dua lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan menyeludup 11 pendatang asing tanpa izin (PATI)
Tertuduh, Sumardi, 25, dan Zulkifli, 51, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, kedua tertuduh mencapai niat bersama telah menjalankan penyeludupan 11 imigran dan dalam melakukan kesalahan tersebut telah menimbulkan risiko kematian terhadap kesemua imigran berkenaan. Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 26B Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua tekong warga Indonesia didakwa seludup 11 pendatang tanpa izinMELAKA: Dua tekong warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 11 pendatang tanpa izin dari ...
Read more »
Lima pemandu e-hailing bawa PATI didenda RM35,000Masing-masing didapati membenarkan dua dan seorang PATI warganegara Indonesia berada dalam kenderaan masing-masing.
Read more »
Johari tolak usul pembangkang bincang keputusan lepaskan Ahmad Zahid dari pertuduhan mahkamahWan Ahmad Fayhsal berdiri menggunakan peraturan mesyuarat bagi mendapatkan penjelasan berkaitan usulnya.
Read more »
Bunuh 23 penghuni tahfiz, Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman penjaraPanel hakim turut menolak rayuan pihak pendakwaan yang mahu tertuduh kedua diarah membela diri atas tuduhan sama.
Read more »
Kes 23 penghuni tahfiz mati terbakar : Mahkamah tolak rayuan pemudaPUTRAJAYA: Seorang pemuda kekal ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk me...
Read more »