Dua lelaki maut motosikal bertembung
PORT DICKSON: Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Pantai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian pada pukul 3.20 petang itu melibatkan dua buah motosikal yang ditunggang seorang pekerja restoran berusia 21 tahun dan seorang penunggang yang merupakan tukang cat berusia 54 tahun. “Siasatan awal mendapati pekerja restoran itu dari arah Telok Kemang menghala ke Port Dickson, sebaik sampai di lokasi kejadian motosikalnya disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Dia kemudiannya bertembung dengan motosikal yang ditunggang lelaki berusia 54 tahun iaitu seorang tukang cat dari arah bertentangan secara depan-depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Aidi Sham berkata, akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya. –UTUSAN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pegawai kanan polis beli dua jam tangan Rolex guna wang pemberian ibu, mendiang bapaPETALING JAYA: Siasatan awal polis mendapati dua jam tangan mewah jenis Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis telah dibeli menggunakan wang hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.
Read more »
Keterangan pengasuh diambil berhubung kematian bayi dua bulan di taskaPETALING JAYA: Satu siasatan dijalankan oleh polis berhubung kematian bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, pada Selasa lalu.
Read more »
Dua jam rolex milik pegawai kanan polis dibeli guna wang ibu, bapaKUALA LUMPUR: Dua utas jam tangan mewah jenama Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli daripada hasil wang hadiah pemberian ibu dan men...
Read more »
Kakak maut, adik cedera parah dalam nahas dua buah kenderaanKakak maut, adik cedera parah dalam nahas dua buah kenderaan
Read more »
Dua gol Ronaldo bawa Portugal ke Euro 2024Cristiano Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Portugal menewaskan Slovakia 3-2 dalam aksi sengit di Stadium Dragao hari ini,
Read more »
Dua kawasan catat IPU tidak sihatPETALING JAYA: Dua negeri mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi tadi.
Read more »