Dua jam baca 123 pertuduhan pecah amanah

United States News News

Dua jam baca 123 pertuduhan pecah amanah
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

kualalumpur Bekas ketua akaun syarikat pengangkutan swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 123 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM5,502,414 dengan meniru tandatangan pengarah syarikat itu sejak 8 tahun lalu.

Tertuduh, Teo Chee Peng, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hasbullah Adam bermula 11 pagi sehingga 1 tengah hari.Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai ketua akaun syarikat ketika itu didakwa melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan 123 cek berjumlah RM5,502,414 kepada syarikat Revolusi Angkasa Sdn Bhd dengan meniru tandatangan pengarah syarikat iaitu Yap Choon Lai, 64.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di Jalan 1/46A Off Jalan Selinsing 7, Taman Niaga Waris di sini antara 12 Mei 2012 sehingga 17 Mac ini mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hajar Hamzah memohon satu tarikh lain untuk pihaknya menyediakan fakta kes sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. "Bagi kes ini, saya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan ini tidak boleh dijamin dan membabitkan pertuduhan yang banyak," katanya. Mahkamah tidak membenarkan Teo yang diwakili peguam Tia Poh Yew diikat jamin dan dia kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dua beradik cedera didera ibu kandung, teman lelakiDua beradik cedera didera ibu kandung, teman lelakibukitmertajam Dua beradik lelaki cedera di anggota badan dipercayai akibat didera ibu kandung dan teman lelakinya di sebuah bengkel dekat Permatang Tinggi, Bukit Mertajam.
Read more »

Dua beradik melecur disambar apiDua beradik melecur disambar apibukitmertajam DUA beradik melecur 80 peratus badan dalam kejadian kebakaran rumah dua tingkat dekat Jalan Kulim, Machang Bubuk di Bukit Mertajam tengah hari ini.
Read more »

'Rencah' dua generasi'Rencah' dua generasirap HAMPIR 11 tahun mencanai bakat dalam industri muzik tempatan, penyanyi Azlan Typewriter tidak kisah untuk bekerjasama dengan penyanyi baharu.
Read more »

Bekas ketua akaun mengaku salah pecah amanah lebih RM5 juta | The Malaysian InsightBekas ketua akaun mengaku salah pecah amanah lebih RM5 juta | The Malaysian InsightTertuduh mengaku bersalah bagi 123 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM5,502,414 dengan meniru tandatangan pengarah syarikat sejak lapan tahun lepas.
Read more »



Render Time: 2025-02-26 18:17:59