lipis DUA beranak Orang Asli maut apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam orang melanggar belakang treler di Kilometer 50, Jalan Lipis-Merapoh (CSR), Lipis, 12. 30 tengahari, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux membawa lima penumpang dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Gombak.
Beliau berkata, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu M Suhaimi Mohammed, 43, itu melanggar belakang treler membawa muatan biji sawit yang diparkir di tepi jalan kerana rosak. "Akibat kemalangan itu, dua penumpang Toyota Hilux berkenaan iaitu Sidin Angah, 27, yang duduk di depan dan ibunya, Azmah Along, 56, penumpang di belakang maut di tempat kejadian."Sementara itu, dua penumpang lain di bahagian belakang, Helery Aja, 20, parah dan menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Lipis manakala adiknya, Izo Aja, 13, cedera ringan," katanya.
Katanya, semua mangsa yang cedera dan meninggal dunia dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut dan bedah siasat.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua maut motosikal bertembungMachang Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 27.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Merbau Chondong, Machang, malam tadi.
Read more »
Bincang solat Jumaat dua sesi esokgombak Perbincangan mengenai pelaksanaan solat Jumaat secara dua sesi akan dilakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, esok.
Read more »
Jangan terkejut, orang perempuan pun boleh ada halkum besar!Halkum besar hanya menunjukkan anda mempunyai laring yang sedikit besar berbanding orang lain. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Gara-gara bau durian, 12 orang di Jerman jatuh sakit6 ambulans, 5 jentera bomba, 2 kenderaan polis dikerahkan ke pejabat pos Jerman setelah menerima laporan satu bungkusan yang mencurigakan FMTNews FMTOhsem
Read more »
Jumlah mangsa banjir di Johor turun kepada 607 orang | The Malaysian InsightTiga lagi pusat pemindahan sementara ditutup secara berperingkat bermula 5 petang tadi.
Read more »