Disyaki terima rasuah RM20,000, pegawai kanan polis ditahan SPRM

United States News News

Disyaki terima rasuah RM20,000, pegawai kanan polis ditahan SPRM
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 31 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

shahalam Pegawai kanan polis hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 5.30 petang.

"Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan tuntutan bayaran insurans kemalangan," katanya ketika dihubungi Bernama. Alias berkata, pegawai itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bekas eksekutif yayasan didakwa ubah wang lebih RM600,000Bekas eksekutif yayasan didakwa ubah wang lebih RM600,000Mimi Khairani Baharudin yang menghadapi 3 pertuduhan mengaku tidak bersalah. FMTNews
Read more »

Empat peniaga durian dikompaun RM4,000 gagal pamer hargaEmpat peniaga durian dikompaun RM4,000 gagal pamer hargaKuantan Satu kes gagal mempamerkan tanda harga berlaku di Jerantut dan tiga kes menggunakan alat tidak ditentusahkan di Kuantan, masing-masing dikenakan kompaun RM1,000.
Read more »

Tabung Kiriman Ikhlas kumpul RM200,000Tabung Kiriman Ikhlas kumpul RM200,000TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd bersama rakan pembekal, Mondelez International dan badan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation (Food Aid) mengumpul dana RM200,000 dengan bantuan pelanggan yang mengambil bahagian dalam inisiatif Tabung Kiriman Ikhlas.
Read more »

Salah guna wang zakat: Bekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000Salah guna wang zakat: Bekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000BEKAS guru besar dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah menyalahgunakan wang zakat sumbangan sebuah syarikat yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar sekolah rendah.
Read more »

Bekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000 salah guna wang zakat | The Malaysian InsightBekas guru besar dipenjara 4 tahun, denda RM10,000 salah guna wang zakat | The Malaysian InsightTertuduh didakwa salah guna wang zakat sumbangan sebuah syarikat sebanyak RM5,000 untuk disalur kepada pelajar.
Read more »



Render Time: 2025-02-28 05:56:06