KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Mohd. Suhaimi Abdullah memohon maaf di Dewan Rakyat hari ini berhubung kenyataannya yang berbaur seksis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, tiga minggu lalu.
Katanya, permohonan maaf tersebut dibuat atas kekhilafan beliau sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli Parlimen.“Permohonan maaf ini dibuat kepada Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan berhubung kenyataan tersebut yang mungkin terguris dan tersinggung akibat kekhilafan saya.
“Saya ingin menegaskan sebagai wakil rakyat pulau legenda, Langkawi amat dekat di hati saya dan isu-isu membelenggu rakyat tidak wajar diperlekehkan atau dipersepsikan mana-mana pihak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Permohonan maaf itu mendapat pujian ahli Parlimen yang hadir yang menganggapnya berjiwa besar dan ada yang juga menerima permaafan beliau.
Namun, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman meminta Mohd. Suhaimi supaya memohon maaf terus kepada Teresa. “Terima kasih kepada Langkawi di atas permohonan maaf beliau namun begitu Yang Berhormat Seputeh tidak ada dalam dewan sewaktu permohonan maaf jadi harap beliau memohon maaf secara terus,” katanya.“Minta Langkawi jumpa Seputeh,” katanya. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
DEWAN RAKYAT: Ahli Parlimen Kepala Batas berhati kering walau diasak DAP isu Chin PengDEWAN RAKYAT: Ahli Parlimen Kepala Batas berhati kering walau diasak DAP isu Chin Peng
Read more »
‘Kafir ini bantu anda rasa jadi kerajaan’, kata Willie MonginAhli Parlimen Puncak Borneo tersinggung dengan gelaran ‘kafir’ dilemparkan di Dewan Rakyat.
Read more »
Parlimen: Ahli Parlimen Kepala Batas elak jelas bukti Guan Eng keluarga komunisParlimen: Ahli Parlimen Kepala Batas elak jelas bukti Guan Eng keluarga komunis
Read more »
Isu LI: Sampai bila nak raih ‘mata politik’, wakil PN disoalAhli Parlimen kerajaan berkata perdana menteri berulang kali menerangkan PKR bukan ahli Liberal International.
Read more »
Shahidan mahu bawa usul wakil rakyat PN sokong PMShahidan Kassim mendakwa kerajaan mengumpan peruntukan wakil rakyat untuk menarik sokongan empat Ahli Parlimen PN.
Read more »