Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa khas mendapati GIACC telah melaksanakan lebih 80 peratus syor-syor transformasi institusi sejak 2018, termasuk pengasingan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya, pengawasan…
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah akan mengemukakan memorandum khas kepada Perdana Menteri supaya mengkaji semula cadangan pembubaran Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional .
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa khas mendapati GIACC telah melaksanakan lebih 80 peratus syor-syor transformasi institusi sejak 2018, termasuk pengasingan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya, pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain.
“Setidak-tidaknya, GIACC bersama Institut Integriti Malaysia boleh diadunkan khidmat perancangan antirasuah bagi mencapai matlamat bebas rasuah negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.Selain itu, katanya, jawatankuasa juga akan meneliti pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja Pindaan 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2022.
Katanya, jawatankuasa telah meneliti hujah-hujah berkaitan Pertubuhan Perburuhan Antarabangsa, tetapi pada masa sama nilai-nilai dan amalan yang bersifat peneguhan negara serta tenaga harus dipertimbang. “Cadangan pindaan akta ini pada keseluruhannya menepati objektif transformasi perburuhan dan kesatuan sekerja di negara ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pendekar negara perlu berjiwa besarBekas juara dunia silat, Mohd. Al Jufferi Jamari menuntut pesilat negara yang menggalas tugas pada kejohanan antarabangsa dan Sukan SEA.
Read more »
Cari jalan kekalkan pakar sedia ada dalam negaraPemerintah harus mendengar segala rungutan dan keluhan yang datang daripada pakar tempatan serta mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan mereka yang masih berkhidmat dalam negara kita pada ketika ini tidak berhijrah dan bekerja di negara lain.
Read more »
Raja Perlis prihatin isu penghijrahan kumpulan profesional ke luar negaraRaja Perlis prihatin isu penghijrahan kumpulan profesional ke luar negara
Read more »
Saran model aktiviti seumpama MAIPs Peduli diperluas di seluruh negaraSaran model aktiviti seumpama MAIPs Peduli diperluas di seluruh negara
Read more »
ASEAN zon amanKedua-dua negara turut akan mengambil pendekatan serius menangani diskriminasi minyak sawit di peringkat antarabangsa.
Read more »
1,400 pelawat China tiba di KLIA sehariDianggarkan lebih 1,400 pelawat dari China masuk ke negara ini dalam tempoh sehari selepas kelonggaran sekatan perjalanan pelawat dari negara itu.
Read more »