PUTRAJAYA: Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh dide...
: Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh didenda hingga RM5,000 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam usaha membendung jenayah tersebut, penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian menerusi Seksyen 19 akta berkenaan. “Saya nak buat secara agresif sebab kalau jiran, ahli keluarga dan guru ambil sikap tidak mahu masuk campur ini akan membebankan kanak-kanak yang jadi mangsa kerana tidak ada orang nak melaporkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem eKlinik 6G di sini hari ini.
Menurut akta itu, mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan kesalahan tersebut, jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, kepada pegawai di balai polis berdekatan, boleh disabitkan kesalahan dan didenda maksimum RM5,000. Azalina berkata beliau akan bertemu dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia dan pihak mahkamah berhubung penguatkuasaan sepenuhnya akta itu, serta Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi membincangkan usaha mewujudkan kesedaran dalam komuniti.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Minta suapan RM5,000, 2 penolong jurutera ditahanIa dipercayai sebagai balasan bagi membantu pemilik syarikat mendapatkan projek penyelenggaraan dan naik taraf sekolah bernilai kira-kira RM70,000.
Read more »
MyAirline: 15 akaun bernilai hampir RM5 juta akan dibekuLebih 15 akaun bernilai hampir RM5 juta yang mempunyai kaitan dengan pengasas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline dipercayai hasil
Read more »
Bapa didenda RM10,000 rotan anak tiri gara-gara tidak faham MatematikSeorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia tujuh tahun selepas
Read more »
State govt requests Putrajaya for moratorium to continue exporting REEIPOH: Economy Minister Rafizi Ramli is getting better after suffering a heart ailment recently, says Dr Zaliha Mustafa.
Read more »
Dr M seen as PAS stepping stone to Putrajaya: SallehKota Kinabalu: The impending Kemaman by-election is one way to bring Tun Dr Mahathir Mohamad back into Parliament, which would be in line with PAS’s ambitions to return to federal power, a former minister said.
Read more »
PAS meet: Start planning to wrest Putrajaya, syura council tells partyPETALING JAYA: A manager of a tahfiz is being investigated for kidnapping following allegations that he took his wife to Kelantan and locked her inside a homestay after she refused to go with him for a holiday there.
Read more »