Jumaat lalu, SPRM mendapat kebenaran menyambung reman Datuk Roy sehingga hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki kes penipuan Jana Wibawa.
PUTRAJAYA: Seorang individu digelar ‘Datuk Roy’ yang direman bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.
Turut dibebaskan dengan jaminan pihak berkuasa itu ialah seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah yang direman bagi membantu siasatan bagi kes sama.Jumaat lalu, SPRM mendapat kebenaran menyambung reman Datuk Roy sehingga hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan berkaitan Jana Wibawa.
Sehari berikutnya, bekas timbalan pendaftar mahkamah ditahan kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek berkenaan. Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai meminta suapan itu sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
‘Datuk Roy’ bebas dengan jaminan SPRMLelaki berusia 50-an itu disyaki menjadi ‘perancang utama’ kes rasuah berkaitan siasatan agensi anti-rasuah ke atas program Jana Wibawa.
Read more »
‘Datuk Roy’ released on MACC bailHussein Nasir is suspected to be the mastermind behind a case linked to the Jana Wibawa programme.
Read more »
Datuk Roy' released from remand, out on bailPUTRAJAYA: 'Datuk Roy' - or Mohd Hussein Mohd Nasir - has been released on bail after having been held on remand to assist the investigation relating to the Jana Wibawa probe.
Read more »
Jana Wibawa scandal: ‘Datuk Roy’ released on MACC bailPETALING JAYA: A 54-year-old man suspected of being the mastermind in a corruption case linked to the Jana Wibawa programme was released on bail by the Malaysian Anti-Corruption Commission today.
Read more »
Umno polls: Najib’s son Nazifuddin wins Langkawi party chief post, say sourcesLANGKAWI: The son of Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin, is now Langkawi Umno chief.
Read more »