BERITA NASIONAL TERKINI Dakwaan UMNO kerjasama dengan DAP tidak tepat -Johari Abdul Ghani
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, dakwaan dimainkan hari ini termasuklah UMNO bekerjasama dengan DAP bukan sahaja tidak tepat, malah, amat jauh tersasar sama sekali kerana jumlah kerusi antara kedua-dua parti berkenaan tidak berupaya membentuk Kerajaan Perpaduan.
“DAP mempunyai 40 kerusi Parlimen manakala UMNO dan rakan-rakan komponen BN mempunyai 30… 30 dicampur dengan 40 tidak boleh wujud kerajaan ‘unity’. Sebenarnya, kita buat keputusan untuk bersama-sama di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini bukan kerana DAP, tetapi kerana kita mahu memberikan kestabilan politik kepada negara.
“Kita belajar daripada apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila negara mempunyai tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal, huru-hara semuanya. Jadi, sebab itu kita buat keputusan bukan kepentingan kita semata-mata secara peribadi tetapi demi kepentingan negara. “Kalau sesebuah negara itu tidak stabil susah, apabila tidak ada parti dalam negara ini yang mempunyai kuasa mutlak atau kemenangan mutlak, takkan kita nak biarkan negara jadi sebelum ini. Takkan kita mahu ‘repeat’ balik apa yang berlaku pada PRU-14, kita ulang balik PRU-15,” katanya seperti memetik laporan UMNO Online.Turut serta menjadi ahli panel dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kita buktikan dakwaan UMNO bungkus PRN tidak tepat - Khairul AzwanSemua ahli UMNO perlu membuktikan kritikan bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak semestinya betul dan tepat dengan terus bekerja kuat memenangkan calon-calon BN
Read more »
Umno tidak abai prinsip bila bekerjasama dengan Pakatan, DAP, kata veteran parti | The Malaysian InsightMenurut mereka isu itu digunakan oleh pembangkang untuk melukis imej buruk parti itu pada pilihan raya negeri akan datang.
Read more »
Wakil DAP hadir ke perasmian sayap wanita, Puteri UMNOBuat pertama kali, Pakatan Harapan (PH) menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Wanita dan Puteri UMNO 2023 sekali gus mencatatkan sejarah bagi parti tersebut.
Read more »
DAP perlu lembutkan hati orang Melayu, kata Pemuda Umno | The Malaysian InsightDAP perlu minta maaf untuk raih sokongan Melayu dalam PRN akan datang, kata Akmal Salleh.
Read more »
Mohon maaf jika ‘suci’ jalin persahabatan, Pemuda Umno beritahu DAPPemuda Umno berkata tohmahan dibuat DAP sebelum ini mengguris hati semua ahli sehingga kini.
Read more »
For DAP to prove sincerity, Umno Youth chief suggests it must apologiseKUALA LUMPUR, June 8 — Dr Muhamad Akmal Saleh, the newly-elected Umno Youth chief, has asked the DAP to apologise for all the accusations it made against his party. In a fiery...
Read more »