Ketua pengarah kawal selia padi dan beras mencabar penyebar berita palsu membuktikan tindakan pengilang dan pemborong menyorok stok beras tempatan.
Azman Mahmood berkata Malaysia mempunyai kira-kira 900,000 tan metrik beras yang mampu menampung keperluan lima bulan akan datang.
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood menyifatkan dakwaan pengilang dan pemborong menyorok bekalan beras tempatan tidak logik kerana makanan ruji itu hanya mampu bertahan 45 hari sebelum diserang kutu beras.Beliau berkata, stok semasa beras negara masih banyak, iaitu kira-kira 900,000 tan metrik dan mampu menampung keperluan bagi lima bulan akan datang.
“Daripada jumlah itu, ia melibatkan stok dagangan berjumlah 650,000 tan metrik, manakala stok kecemasan sebanyak 250,000 tan metrik. “Beras tidak boleh disimpan lama kerana ia akan rosak, lagipun tiada kegunaan berbuat demikian. Stok beras negara juga masih banyak,” katanya menurut Sinar Harian.“Saya cabar penyebar berita palsu ini buktikan. Jadi anak jantan, jangan lempar tuduhan, kemudian lari. Kita nak tahu di mana lokasi aktiviti demikian berlaku supaya tindakan undang-undang boleh diambil kepada pihak terlibat.
Katanya, proses menuai sedang dijalankan di Kedah yang kini mencecah 20% daripada 40% hasil tuaian yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan dan proses itu akan diteruskan Kelantan serta Terengganu.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis siasat Ebit Lew berkaitan dakwaan rogolSiasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Read more »
Dakwaan pinggir Orang Asli mainan politik, kata MB PahangWan Rosdy Wan Ismail berkata dakwaan konon Orang Asli negeri itu tidak dibantu hanya mainan politik pembangkang menjelang PRK Pelangai 7 Okt ini.
Read more »
13 individu bantu siasatan dakwaan gangguan seksual babit pendakwahPolis berkata telefon bimbit Mondy Tattoo diambil mengikut peruntukan undang-undang bagi memeriksa jika kandungan sama dengan kenyataannya.
Read more »
Polis siasat dakwaan Howard Lee tafsir ayat Al-QuranPolis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat
Read more »
Dakwaan rogol dikaitkan Ebit Lew, beberapa saksi lagi akan dipanggilBeliau dilaporkan berkata, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada seorang...
Read more »
Saya pegang pen, Ahli Parlimen PN nafi hisap vape di DewanIkmal Hisham Abdul Aziz berkata beliau sedia memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.
Read more »