Pada pengamatan saya yang mana saya berani katakan bahawa apa yang berlaku ini hanyalah lakonan yang telah dirancang dari awal lagi memandangkan mereka kalah di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
SAYA ingin mengulas kenyataan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berpolitik untuk kepentingan anaknya, Datuk Seri Mukhriz seperti yang pernah disiarkan dalam ruangan ini pada 24 Februari lalu bertajuk Perjuangan Dr. Mahathir bukan untuk anaknya.
Sebelum ini, perwakilan Parti Pejuang Tanah Air mengumumkan menarik diri daripada Gerakan Tanah Air , pada mesyuarat agung kedua parti terbabit, 14 Januari lalu. Susulan dari itu, Dr. Mahathir mengistiharkan turut keluar dari Pejuang kerana kononnya tidak bersetuju dengan parti yang ditubuhkanya pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi pada Disember tahun lalu.
Pada pengamatan saya yang mana saya berani katakan bahawa apa yang berlaku ini hanyalah lakonan yang telah dirancang dari awal lagi memandangkan mereka kalah di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu. Pihak GTA juga pernah mengatakan perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan orang Melayu. Jadi, apakah makna keluar parti kemudian sertai parti lain, sedangkan dalam Islam menegaskan bahawa apa jua masalah hendaklah pihak yang terlibat duduk semeja bersama-sama membetulkan apa jua perkara yang berbangkit dan sebagainya.
Bagi saya tindakan bekas Perdana Menteri itu rentetan dari rasa tidak berpuas hati selepas Mukhriz tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013. Meneliti warna-warni politik semasa, memadailah parti politik Melayu hanya terdiri daripada UMNO, Pas dan juga PKR. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tak mustahil drama Melayu sohor kiniTampilkanlah tema drama yang tidak biasa dan menggugah sambil menjaga norma kesopanan yang menjadi identiti rakyat Malaysia selama ini.
Read more »
Lokasi kedua program Proklamasi Melayu dihadiri Tun M batal lagiPETALING JAYA: Lokasi kedua bagi penganjuran program dinamakan Proklamasi Melayu yang dijadual disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada esok terpaksa dibatalkan.
Read more »
Anwar bidas pemimpin Melayu perbodoh rakyat | The Malaysian InsightPemimpin itu hanya bolot harta untuk keluarga sewaktu berkuasa tapi kini beri amaran masa depan Melayu gelap, katanya.
Read more »
Tempahan lokasi perhimpunan Melayu esok dibatalkan | The Malaysian InsightMenurut penganjur ia berikutan masalah teknikal dan mereka terpaksa mencari tempat baharu.
Read more »
‘Jangan bodohkan rakyat’, Anwar bidas pihak mengeluh tentang nasib MelayuPresiden PKR itu dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya, tidak memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi perdana menteri.
Read more »
Lokasi kedua ‘Proklamasi Melayu’ batal tempahan penganjurAcara itu pada mulanya dijadual diadakan di Hotel Impiana KLCC di Kuala Lumpur, tetapi dibatalkan atas ‘masalah teknikal’, menurut penganjur.
Read more »