Arau Dua lelaki Rohingya yang cuba merentas negeri dari Kedah ke Perlis tanpa kebenaran untuk mencari pekerjaan ditahan di sekatan jalan raya di Jelempok, dekat Arau, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, difahamkan kedua-dua lelaki berusia 26 dan 40 tahun dari Padang Sera, Kubang Pasu, itu berkeras untuk masuk ke negeri ini walaupun pada awalnya pihak berkuasa mengarahkan mereka supaya berpatah balik.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kedua-duanya ditahan selepas tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri. "Mereka ditahan kerana merentas negeri tanpa kebenaran bagi mencari pekerjaan dan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ," katanya ketika dihubungi hari ini.
"Mereka juga akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia Perlis bagi menjalani saringan Covid-19," katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rakaman suara dakwa Muhyiddin cuba tarik pemimpin Umno sertai PPBM didedahPada Februari PPBM memutuskan untuk keluar PH selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri sehingga menimbulkan krisis kepimpinan negara. FMTNews UMNO
Read more »
26 PATI positif Covid dipindah ke Maeps selepas seorang cuba lari dari hospitalKementerian Kesihatan memutuskan 26 PATI yang mempunyai gejala dipindah ke Maeps kerana memiliki sistem keselamatan. FMTNews Covid19
Read more »
Padah cuba seleweng bahan api bersubsidiSEBUAH stesen minyak di Kota Marudu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas didapati melakukan penyelewengan bahan bakar bersubsidi, awal pagi hari ini.
Read more »
Sia-sia saja cuba balik kampungalorsetar PKPB Cubaan 17 individu pulang ke kampung dengan merentas negeri tanpa surat kebenaran sia-sia apabila mereka dikompaun RM1,000 sebaik tiba di sekatan pemeriksaan polis di dua susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Alor Setar.
Read more »
Temuduga calon pelajar universiti dibuat secara dalam talian, kata menteri | The Malaysian InsightTiada sesiapa dibenarkan rentas negeri walaupun untuk menghadiri temuduga kerana perjalanan rentas negeri hanya untuk kes kecemasan sahaja.
Read more »
Polis Selangor terima 1,902 permohonan rentas negeriselangor 'Secara pecahan, 484 permohonan membabitkan urusan rawatan perubatan, 181 kematian, 140 permohonan pasangan suami isteri jarak jauh serta 869 lagi adalah kecemasan pelbagai.' Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew
Read more »