Putrajaya Situasi semasa penularan virus COVID19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.
“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada agensi agama di bawah JPM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, hari ini.Zulkifli berkata, solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.
“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya. Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan wajib mengambil apa juga langkah untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa rakyat termasuk tindakan menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19 conference in New York cancelled due to Covid-19 | Malay MailPETALING JAYA, March 11 — A planned roundtable titled “Doing Business Under Coronavirus” by US non-profit think tank, Council on Foreign Relations (CFR) has been called off due to rising concerns over the Covid-19 spread. It was originally scheduled to take place in New York on March 13, and...
Read more »
JPM sedang rangka kertas kerja Covid-19 untuk solat Jumaat, aktiviti keagamaanAkan siap dalam 2 atau 3 hari, kata Menteri Zulkifli Mohamad. FMTNews JPM Covid19
Read more »
JPM sedia kertas kerja Covid-19 untuk solat Jumaat, aktiviti keagamaan untuk jawatankuasa fatwaPerbincangan akan diputuskan dalam 2 atau 3 hari, kata Menteri Zulkifli Mohamad. FMTNews Covid19
Read more »
Batal salat Jumaat, mass mingguan untuk sekat jangkitan Covid-19, kata badan pemikirPusat Galen berkata, susulan lebih banyak kes jangkitan Covid-19 dilaporkan setiap hari, maka langkah lebih drastik perlu dilaksanakan. FMTNews SolatJumaat Galen Covid19 Koronavirus
Read more »
Bekas menteri ketuai pasukan khas tangani Covid-19 di SelangorPasukan itu akan dibantu 4 individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan sebelum ini selain wakil JKNS. FMTNews Covid19 Selangor
Read more »
Menteri kesihatan Britain positif Covid-19Nadine Dorries sedang menjalani kuarantin di rumahnya. FMTNews NadineDorries Covid19 Coronavirus
Read more »