kualalumpur Semua perbicaraan kes di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan diteruskan seperti ditetapkan sehingga arahan berhubung perintah berkurung (lockdown) dikeluarkan susulan penularan Covid-19.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob berkata, pihaknya menerima arahan daripada Ketua Hakim Negara menerusi Pejabat Ketua Pendaftar berhubung perjalanan kes di mahkamah.
“Bagi kes sebutan, tarikh akan diberikan selepas April, namun bagi kes yang ditetapkan untuk perbicaraan hendaklah diteruskan melainkan jika ‘lockdown’, akan ada arahan seterusnya oleh pihak mahkamah. “Saya pasti pihak mahkamah akan membuat pengumuman membabitkan apa-apa kes perbicaraan, namun buat masa ini arahan untuk meneruskan perbicaraan sahaja,” katanya semasa perbicaraan kes rasuah dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya yang juga pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A Samad, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas peguam Datuk K Kumaraendran, yang mewaklili Zizie, bertanya kepada mahkamah apa akan berlaku kepada perbicaraan sekiranya ada arahan berhubung ‘lockdown’ itu. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553 kes.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kuliah atas talian di UUM mulai 5 April, elak Covid-19 | The Malaysian InsightPelaksanaan itu membenarkan semua pelajar untiversiti itu untuk mengikuti kuliah secara dalam talian dari luar kampus.
Read more »
Efforts to contain Covid-19 no longer possible - Dr LeeNSTnation 'We should focus on mitigation such as reducing the number of cases and optimising healthcare resources' Covid19 Malaysia
Read more »
Covid-19: Revisiting the economic stimulus after the world woke upLETTER | The gov't will have to double down on the announced stimulus measures, expand their scope to more workers and businesses.
Read more »
Covid-19: Jakoa tak benarkan program khidmat, lawatan kajian ke kampung Orang AsliJakoa membatalkan semua kebenaran yang dikeluarkan sebelum ini. FMTNews OrangAsli
Read more »
Orang Asli research, volunteer programmes suspended over Covid-19Jakoa says these programmes can continue once the outbreak subsides. FMTNews OrangAsli Jakoa
Read more »
New Covid-19 cluster linked to S. Korean church | The Malaysian InsightA third of its 135 worshippers tested positive, including the pastor and his wife.
Read more »