putrajaya covid-19 SERAMAI 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan golongan terbabit dilaporkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.
“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka.“Ia disebabkan semasa melaksanakan prosedur, pesakit tidak memaklumkan ada hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19. “Ini bermakna hanya 20 peratus dijangkiti di hospital manakala 80 peratus bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Noor Hisham berkata, seramai 2,000 petugas kesihatan sudah menjalani saringan secara berkala bagi memastikan tiada jangkitan itu dalam kalangan petugas. “Kita menyaring barisan hadapan secara berkala bukan di hospital KKM sahaja, tetapi hospital swasta turut melakukan saringan sama.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 6:08 PM
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sifar dua hari kes baharu Covid-19DAERAH Petaling mencatatkan sifar kes baharu jangkitan Covid-19 selama dua hari berturut-turut.
Read more »
Covid-19: 166 pulih, dua kematianputrajaya covid-19 SERAMAI 166 pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19 seperti dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.
Read more »
Covid-19: Five passengers entering Malaysia hospitalisedSHAH ALAM: Five passengers who flew in to Malaysia on Sunday (April 5) have been hospitalised after showing symptoms similar to Covid-19.
Read more »
Sarawak minister: Don't link race and religion to Covid-19KUCHING: A state minister has urged Sarawakians not to make wild allegations about an Covid-19 infection cluster here involving an individual who had travelled to Italy.
Read more »
MSUMC sedia ujian pandu lalu Covid-19shahalam Pusat Perubatan MSU (MSUMC) mengambil inisiatif melancarkan Ujian Pandu Lalu Covid-19 kepada orang ramai bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan jangkitan itu.
Read more »
Fears relief ops will import Covid-19 as cyclone hits Vanuatu | The Malaysian InsightFears relief ops will import Covid-19 as cyclone hits Vanuatu
Read more »