Chia Ching Byn ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-22

United States News News

Chia Ching Byn ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-22
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 DailyExpress_MY
  • ⏱ Reading Time:
  • 15 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 9%
  • Publisher: 83%

Dia bersama kru, Thomas Kong, memenangi hadiah utama, manakala di tempat kedua ialah gandingan Muhd Daniel Iqbal Muhammad Samsu dan Dato’ Chairullah, disusuli pemenang bahagian veteran, Leonard Chin dan Josie Joinol di tempat ketiga.

Ia merupakan kemenangan Chia dan Kong yang kedua tahun ini, selepas turut memenangi trofi Ship’s Bell kelab itu pada Januari lalu. Dalam kategori ILCA 6, gelaran keseluruhan dimenangi oleh pemenang bahagian wanita Gabrielle Marygrace Yong Poquita, manakala pemenang bahagian lelaki Mohd Reezmin Ismah terpaksa berpuas hati di tempat kedua, dengan Nur Hafizahanani Zailan di tempat ketiga.

Nur Hafizanah turut merangkul kejuaraan divisyen A, manakala Ziqri Luqman Zainal dan Muhammad Abqaari Irham Adam masing-masing mengungguli divisyen B dan C, dan tiga tempat teratas dalam kategori Optimist Novice disandang Andre Martin, Alexander Chiu Shinka dan Macy Mosom Sikayun.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

DailyExpress_MY /  🏆 3. in MY

United States Latest News, United States Headlines



Render Time: 2025-03-11 06:31:14