Tumpat Selepas terkandas di kampus selama 45 hari, Muhammad Hazamuddin Wan Hassan, 25, akhirnya gembira dapat pulang dan menghabiskan Ramadan bersama keluarganya di Tumpat, Kelantan, hari ini.
Penuntut Kolej Kejuruteraan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang itu berkata, perasaannya lega apabila dimaklumkan hasrat pulang ke kampung diluluskan."Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa yang bertungkus lumus menyumbang tenaga dan masa untuk membawa penuntut terkandas pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya.
Sementara itu, Nurliyana Mohamad Azmi, 27, dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP terharu sebaik dibenarkan pulang ke kampung."Keluarga selalu menghubungi untuk bertanya khabar dan berkongsi maklumat mengenai Covid-19 dan sentiasa mengharapkan saya boleh pulang ke kampung di Raub, Pahang," katanya.
Mereka antara 140 penuntut UMP yang bergerak pulang di Pahang , Terengganu dan Kelantan bersama 26 pegawai perhubungan dan 40 pemandu. Sebanyak 26 bas bergerak membawa penuntut dari UMP Kampus Gambang dan Kampus Pekan serentak ke destinasi masing-masing, malam tadi.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kongsi nikmat berbukanuansa PERBEZAANNYA untuk Ramadan kali ini apabila kita berdepan cabaran dengan penularan pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang umat Islam menunaikan ibadah puasa dan menjalani amalan sunat seperti Tarawih bersama keluarga.
Read more »
Intan bukan menyepiRAMAI yang memberikan reaksi positif terhadap lakonan Intan Ladyana menerusi drama bersiri Ironi Kasih yang baharu selesai tayangannya di TV3 pada 22 April lalu.
Read more »
Walaupun berdua, SOP kekalWALAUPUN dua ahli keluarga dibenarkan keluar bersama untuk membeli makanan atau barangan tetapi prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dikekalkan.
Read more »
Gembira adik dapat pulang bersamaKualaKangsar 'Alhamdulillah dua adik juga dapat pulang bersama saya,' kata penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Nor Safiqa Sharina Abdullah, 22.
Read more »
PKP: kantoi tak puasa, bermain judi lagikemaman LIMA lelaki, termasuk seorang warga emas, bukan setakat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah tidak menghormati Ramadan apabila ditangkap bersama dua mangkuk mi segera dan kopi panas.
Read more »
'Kerja gila' berlatih jam 2 pagiKualaLumpur 'Kerja gila' berlatih awal pagi itu dilakukan bekas jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah pada Ramadan tahun lalu sebagai persiapan ke kempen Pusingan Akhir Siri FIH di Bandbridge yang juga kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Read more »