Kamera litar tertutup merakamkan kelibat individu mirip pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada 25 Februari lalu.
KUALA LUMPUR:
Dalam rakaman tersebut, individu mirip Ruhainies dilihat memakai baju hoodie putih manakala Aliff, memakai pakaian serba hitam dan bertopi.Hasil semakan Utusan Malaysia, kedua-dua pelakon itu pun juga sedang menjalani sebuah penggambaran drama bersiri untuk platform penstriman over-the-top. Terdahulu, media melaporkan, pelakon, Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.Aliff dikatakan berulang kali memasuki kediaman pelakon wanita berkenaan sebelum ini.Rata-rata terkejut dengan berita itu memandangkan peminat mengetahui keakraban pelakon Ruhainies dengan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah.
Utusan Malaysia telah cuba mendapatkan respons empunya badan serta ahli keluarga mereka, namun tidak berhasil.-UTUSAN