melaka PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Melaka berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Indonesia yang dipercayai cuba menyeludup sejumlah burung murai ke negara jiran kira-kira jam 1.45 pagi tadi.
Timbalan Komander PPM W2 Superintendan Noor Azman Jamal berkata, anggotanya berjaya menahan dua bot di kawasan perairan Pulau Besar Melaka dalam operasi dilakukan itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya menemui sejumlah 188 raga masing-masing berisi burung jenis murai kampung dianggarkan sebanyak 3,304 ekor dan bernilai RM 500,000. "Selain itu turut dirampas dua bot fiber dan tiga unit enjin sangkut yang digunakan suspek dianggarkan berharga RM 137,000.
"Tangkapan tiga individu berusia lingkungan umur 43 hingga 66 tahun dan semua rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Melaka untuk proses dokumentasi. "Kes disiasat di bawah seksyen 13b Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anang Hermansyah jual rumah RM10.5 jutaRap Difahamkan Anang menjual rumahnya lengkap dengan seluruh perabot termasuk kerusi, meja, lampu gantung yang mewah dan piano.
Read more »
Agrobank kenal pasti kumpulan sasaran usahawan agroAGROBANK mengenal pasti lima kumpulan sasaran usahawan agro untuk diberikan bantuan kewangan di bawah Skim Pembiayaan Mikro Kredit bernilai RM350 juta yang diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Read more »
Toreh telinga isteri tak masakSulawesi: Seorang suami hilang pertimbangan dengan memotong sebahagian telinga isterinya kerana gagal menyediakan makanan, Isnin lalu.
Read more »
Pesakit Covid-19 gagal dedah maklumat perjalanan ke Tunisia dikompaun RM1,000Wanita berkenaan yang pulang dari Tunisia gagal mengisi borang perisytiharan kesihatan dengan maklumat tepat. FMTNews Koronavirus
Read more »
L'Oreal labur RM722 juta tangani masalah sosial, perubahan iklimkualalumpur L'Oreal memperuntukkan RM722 juta pelaburan bagi menangani masalah sosial dan cabaran perubahan iklim dunia.
Read more »