Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot express di Dermaga Ekspres Daro ditemukan terapung
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sibu, Andy Alie berkata mayat ditemui terapung oleh orang awam di Batang Igan di sini kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
“Pasukan mencari dan menyelamat telah bergegas ke lokasi bagi tujuan membawa mangsa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba di Wharf Ekspres Daro. “Mangsa dijumpai dalam keadaan terlungkup dan hanyut 9.6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada Sabtu, dan mayat mangsa telah dibawa menggunakan bot ke Pos Kawalan Bomba di Wharf Ekspres Daro,” jelasnya.“Mayat telah dibawa ke Hospital Sibu untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga di Hospital Sibu.
“Dengan penemuan itu, operasi SAR hari ke-3 insiden berkenaan ditamatkan pada jam 9.30 pagi tadi,” ujarnya. Dalam kejadian tengahari Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Hii Kee Soon, 48 merupakan seorang buruh kasar dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika mengangkat barang ke atas bot ekspres di Dermaga Ekspres Daro.-UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Buruh bebas dari tuduhan edar methamphetamine seberat 1.38 kgKOTA BHARU: Seorang buruh menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.38 kilogram, dua tahun lalu.
Read more »
Nahas pesawat: ‘Saya kehilangan seorang sahabat’GOMBAK: Pemergian Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai disifatkan sebagai satu lagi kehilangan buat negara.
Read more »
Ayah seorang dermawan, mudah mesraGOMBAK: 'Ayah seorang dermawan, mudah mesra dengan rakyat dan masyarakat sekeliling.”
Read more »
Mayat lelaki ditemukan mereput di dalam rumahLelaki itu dipercayai tinggal seorang diri di sebuah rumah pangsa di tingkat empat.
Read more »
Penganggur didakwa edar lebih 60g syabuKota Kinabalu: Seorang penganggur didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah.
Read more »
Arwah Heikal minat jadi juruterbang sejak kecilKejayaan Heikal menjadi seorang juruterbang turut mendorong dua adiknya yang lain untuk bergelar juruterbang.
Read more »