Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki kenaikan Wall Street
Bursa Malaysia kembali pulih daripada penyusutan selama dua hari apabila dibuka lebih tinggi hari ini dan menjejaki kenaikan ketara semalaman di Wall Street. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2023.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI menokok 1.05 mata kepada 1,499.44 daripada 1,498.39 yang dicatatkan semalam.Di pasaran meluas kaunter untung mengatasi rugi iaitu 213 berbanding 102 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,687 tidak diniagakan dan 49 lain digantung dagangannya.
Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu berkata minyak mentah Brent pulih daripada penurunan sebelum ini apabila ditutup melepasi paras US$87 setong berikutan penyusutan melebihi jangkaan dalam inventori gas asli.“Kami menjangkakan sektor tenaga akan menjadi tumpuan seiring dengan pemulihan harga minyak mentah. Sentimen positif semalaman di Nasdaq berkemungkinan menarik minat dagangan bagi sektor teknologi.
Bagi saham aktif, MMAG naik setengah sen kepada 2.5 sen, ATA IMS dan Cypark masing-masing meraih 3.5 sen kepada 43 sen dan 99.5 sen manakala Tanco menambah satu sen kepada 36 sen.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bursa Malaysia opens marginally higher after long weekendKUALA LUMPUR, Jan 25 — Bursa Malaysia opened marginally higher today after a long weekend due to the Chinese New Year holidays, trading cautiously, taking the cue from the United...
Read more »
Bursa Malaysia dibuka tinggi | The Malaysian InsightSaham pandu pasaran dibuka tinggi 0.97 mata kepada 1,501.30.
Read more »
Bursa Malaysia bucks regional trend to end marginally lowerKUALA LUMPUR, Jan 25 — Bursa Malaysia bucked the regional trend to end marginally lower after the long holiday weekend amid profit-taking in selected heavyweights, said a...
Read more »
Bursa Malaysia bucks regional trend to end marginally lowerKUALA LUMPUR, Jan 25 — Bursa Malaysia bucked the regional trend to end marginally lower after the long holiday weekend amid profit-taking in selected heavyweights, said a...
Read more »