Budak 3 tahun ditemui maut cedera di kepala
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Pala’u ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala, manakala kedua-dua tangan serta kaki kiri diikat dengan tali, di Kampung Panji di Lahad Datu, Sabah semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Azmir Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 30-an yang merupakan individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu bagi membantu siasatan, dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang positif dadah dipercayai kurang siuman. Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan ibunya di kawasan semak kampung berkenaan pada pukul 3 petang, kira-kira tiga jam selepas kanak-kanak yang keluar rumah untuk bermain, dan polis turut menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga asing berumur berumur 20an dan 30an bagi membantu siasatan.
“Selepas menerima panggilan MERS 999 dari orang awam, polis yang tiba lokasi menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan tangan terikat, dan kepala tersepit di antara dua pokok… kepalanya dipercayai dicederakan dengan menggunakan benda tajam, selain terdapat kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat dari sumber tidak sahih mengenai kes itu. – Bernama, 12 Mac, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perkeso sasar 500,000 suri rumah carum SKSSR menjelang akhir tahun | The Malaysian InsightSetakat ini, seramai 174,000 suri rumah sudah mencarum di bawah SKSSR.
Read more »
Radzi Jidin remains Putrajaya MP, court rules | The Malaysian InsightJudge rules petitioner failed to prove corrupt practice was committed by respondent.
Read more »
Ahli politik PAS disaran mohon tauliah mengajar di masjid, surau Terengganu | The Malaysian InsightPAS Terengganu berkata setakat ini ada beberapa ahli politik termasuk wakil rakyat daripada parti itu memohon surat tauliah daripada MAIDAM.
Read more »
Mahkamah putuskan Radzi Jidin kekal ahli Parlimen Putrajaya | The Malaysian InsightNaib ketua Umno Bahagian Putrajaya Ahmad Faisal Abdul Karim gagal buktikan sama ada Radzi atau ejennya merasuah pengundi pada PRU15.
Read more »
‘Mentega Terbang’ director, actor summoned to Bukit Aman | The Malaysian InsightLawyer Zaid Malek says case is being investigated for three different offences.
Read more »
Bukit Aman ambil keterangan pengarah, pelakon filem Mentega Terbang | The Malaysian InsightPengarah Khairi Anwar Jailani berkata pembikin filem harus diberi kebebasan untuk menonjolkan kreativiti mereka.
Read more »