Bubar DUN enam negeri minggu ketiga atau keempat Jun

United States News News

Bubar DUN enam negeri minggu ketiga atau keempat Jun
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 66 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Dalam situasi di Kedah katanya, pembubaran DUN hanya sesuai diadakan selepas Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 18 Jun.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Menteri Besar dan Ketua Menteri terlibat berpandangan tempoh itu merupakan waktu yang paling sesuai untuk membubarkan DUN.

“Pertemuan enam Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri terbabit diadakan petang ini bagi membincangkan cadangan tarikh yang sesuai dibuat pembubaran DUN masing-masing. Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang berpakat usahakan PRN serentak di enam negeri ini.

“Kesepakatan ini akan dibawa kepada persetujuan parti masing-masing sebelum disembah maklum untuk memohon limpah perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini. Bersama status itu, Muhammad Sanusi turut memuat naik gambar memaparkan pertemuan tersebut yang diadakan Hotel St. Regis, Kuala Lumpur. Selain Sanusi, pertemuan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Tambah Muhammad Sanusi, tindakan untuk membubarkan DUN pada tarikh dicadangkan itu bagaimanapun bergantung kepada perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.Sebelum ini, Muhammad Sanusi pernah memberi bayangan bahawa tarikh pembubaran DUN di enam negeri itu akan diadakan serentak. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Enam negeri sepakat bubar DUN Jun iniEnam negeri sepakat bubar DUN Jun iniKesemua pemimpin negeri itu sepakat untuk membubarkan dun dalam dua minggu terakhir Jun dalam pertemuan tersebut sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, hari ini
Read more »

Harga ayam, telur dijangka diapung lepas Jun, kata menteri | The Malaysian InsightHarga ayam, telur dijangka diapung lepas Jun, kata menteri | The Malaysian InsightKatanya bekalan ayam dan telur sudah mencukupi termasuk untuk enam bulan ke depan jika tidak berlaku bencana.
Read more »

BN mungkin setuju parti penyandang pertahan kerusi DUN, kata penganalisis | The Malaysian InsightBN mungkin setuju parti penyandang pertahan kerusi DUN, kata penganalisis | The Malaysian InsightAnthony Loke mencadangkan parti yang menang kerusi DUN pada PRU14 kekal bertanding di kerusi tersebut pada PRN akan datang.
Read more »

DUN Batang Kali sah kosong, tiada PRKDUN Batang Kali sah kosong, tiada PRKKerusi DUN Batang Kali disahkan kosong oleh SPR, namun tiada keperluan untuk mengadakan PRK bagi kawasan berkenaan.
Read more »

Tiada PRK DUN Batang Kali, kata SPR | The Malaysian InsightTiada PRK DUN Batang Kali, kata SPR | The Malaysian InsightSpeaker Dewan Negeri Selangor memaklumkan kepada SPR tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka itu.
Read more »

Negeri Sembilan sambar Safuwan BaharudinNegeri Sembilan sambar Safuwan BaharudinSkuad Jang kini mempunyai lima orang pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Read more »



Render Time: 2025-03-12 22:14:02