Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air
Seramai 168 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat terlibat dalam pencarian mangsa kejadian kepala air di Terengganu, baru-baru ini. – Gambar Facebook, 8 Julai, 2023.
SEBANYAK 93 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu. Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasarullah Mohd Nasir berkata selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia .
Beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kematian akibat lemas di kawasan terbabit ialah melalui pelbagai program kesedaran keselamatan dan kewujudan Pegawai Bomba Bantuan Safety Water and Rescue Team . Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai di Marang, hari ini.Seramai 142 anggota baharu menerima sijil masing-masing selepas menamatkan latihan selama lima bulan bermula 1 Februari lalu. – Bernama, 8 Julai, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Program MM2H perlu ditambah baik, titah sultan Johor | The Malaysian InsightBaginda bertitah, penambahbaikan itu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama.
Read more »
Second home programme needs improvement, says Johor Ruler | The Malaysian InsightSultan Ibrahim says move necessary to attract foreign investment.
Read more »
Laporan psikiatri sahkan Yasin layak dibicarakan kes dadah | The Malaysian InsightMahkamah menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos dan perbicaraan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Ogos ini.
Read more »
Lelaki didakwa tipu pakar bius, 2 wanita dalam urusan jual beli kereta | The Malaysian InsightLelaki didakwa tipu pakar bius, 2 wanita dalam urusan jual beli kereta
Read more »
Sri Lanka cuts interest rates after debt restructure | The Malaysian InsightInflation falls drastically to 12% in June, down from 25.2% in May.
Read more »
OPR kekal selaras penurunan inflasi Malaysia, kata Kementerian Kewangan | The Malaysian InsightKeputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan OPR pada 3.0% juga selaras dengan perkembangan ekonomi global.
Read more »