KualaLumpur Kakitangan Jakim digesa memberi fokus membina keyakinan rakyat betapa Islam sebagai agama persekutuan tidak diganggu gugat seperti mana dibimbangi banyak pihak sebelum ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary berkata, tanggungjawab berkenaan perlu dipikul bersama untuk memartabatkan Islam di negara ini.
Katanya, itu antara perkara yang akan diberi tumpuan selepas diberi tanggungjawab membantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam kabinet baharu “Hari ini adalah hari pertama saya di kementerian, saya doakan saya akan bekerja bersama-sama memartabatkan Islam dalam negara kita.
“Apa yang paling penting ialah kita kena mengubah dan membina keyakinan dalam negara kita bahawa tiang seri kepada pembinaan negara iaitu Islam sebagai agama persekutuan itu diyakini untuk tidak diganggu gugat. Itulah yang menjadi kebimbangan rakyat dalam negara kita sehingga berlakunya apa yang kita saksikan pada hari ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada hari pertama di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, antara program pertama yang akan dihadiri adalah satu Majlis Tausiah Am di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin bersama agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri esok yang turut dihadiri menteri.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sama-sama kita bina sebuah negara, kata bekas mufti Wilayah | The Malaysian InsightZulkifli Mohamad Al- Bakri berkata, rakyat Malaysia harus realisitik dan tidak mudah terpengaruh dengan badai politik yang berpunca daripada sentimen semata-mata.
Read more »
Darah diderma bebas Covid-19KualaTerengganu Sebelum diberikan kepada pesakit, ujian saringan sekali lagi akan dilakukan untuk memastikan darah yang dibekalkan bebas dari pelbagai virus.
Read more »
Noraini Ahmad steps down as PAC chairman | The Malaysian InsightDewan Rakyat Standing Orders state members of committee cannot hold ministerial posts.
Read more »
Noraini quits as PAC chairman after Cabinet appointmentThe Wanita Umno chief says she has submitted her resignation letter to the Dewan Rakyat speaker. FMTNews UMNO NorainiAhmad PAC
Read more »
Selangor sedia bekerjasamaKualaLumpur Selangor bersedia bekerjasama dengan barisan kabinet baharu yang dilantik demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
Read more »
Adun Penanti Norlela ganti Afif sebagai exco P PinangKetua Menteri, Chow Kon Yeow berkata wakil rakyat 3 penggal itu dicalonkan PKR Pulau Pinang. FMTNews Exco PulauPinang
Read more »