Banyak hospital swasta di Petaling Jaya Selangor
SHAH ALAM: Petaling Jaya yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi memerlukan sebuah hospital awam untuk kemudahan masyarakat di sana meskipun terdapat banyak pusat perubatan swasta.Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata, penduduk di bandar raya tersebut kini bergantung kepada hospital terdekat seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
“Pusat Perubatan Universiti Malaysia adalah fasiliti kesihatan separa kerajaan, separa swasta. Jadi, PPUM tidak boleh dikatakan hospital awam dan ia bukannya terletak di Petaling Jaya, tetapi di Kuala Lumpur,” katanya ketika sesi perbahasan titah Sultan Selangor di Dewan ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Dewan Annex, hari ini.
Jelas Syamsul Firdaus, kemudahan adalah salah satu alasan kuat untuk kerajaan Selangor memohon Kerajaan Persekutuan supaya membina fasiliti tersebut di Petaling Jaya. “Ini adalah selaras dengan titah Sultan Selangor yang meminta pihak kerajaan supaya melihat keperluan fasiliti awam di negeri ini. Justeru diharap ada usaha daripada kerajaan negeri untuk perkara ini,” ujarnya.
Setakat ini, terdapat 10 hospital awam di Selangor berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Umno polls: Dr Wee congratulates new party wing leadersPETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong has congratulated the newly elected Umno wing leaders.
Read more »
No mechanical display as Selangor’s ‘Engineer’ turns match winnerPETALING JAYA: Selangor’s Jordanian star Noor Al-Rawabdeh (pic) is here to stay.
Read more »
Sarawak cadang bina Pusat Perubahan IklimPremier Sarawak, Sri Abang Johari Tun Openg yakin dengan penubuhan pusat itu nanti ia mampu menarik minat pelaburan serta kebolehan negeri itu untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan, sekaligus meletakkan Sarawak sebagai peneraju kepada inisiatif…
Read more »
Sutra Foundation’s ‘Jaya Ram’ returns for three-night show in KL after successful world tourKUALA LUMPUR, March 14 — There is something to be said about shows that demand a restaging. Sutra Foundation’s Jaya Ram is one of those productions. Due to overwhelming...
Read more »
Johor negeri paling banyak penagihJohor negeri paling banyak penagih
Read more »