“Sekarang ni mereka kata beku tiga bulan, pun susah. Itu membawa kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara.'
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menulis surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini supaya perintah pembekuan akaun parti tersebut dibatalkan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SPRM seharusnya mengambil tindakan sedemikian sekiranya selepas siasatan dilakukan tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan penyelewengan dalam pakej rangsangan Covid-19. Kata beliau, pembekuan akaun Bersatu menjejaskan parti itu yang merupakan sebuah pertubuhan politik penting dan besar dalam negara untuk membayar gaji pihak pentadbiran.
“Sekarang mereka kata beku tiga bulan, pun susah. Itu membawa kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara. “Jadi sebab itu kita minta seboleh mungkin selepas disemak dan didapati tiada sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa. Maka, SPRM harus segerakan buat keputusan supaya keputusan itu dapat dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM beku akaun BersatuSPRM membekukan akaun-akaun parti Bersatu dipercayai berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit dalam pakej rangsangan Covid-19.
Read more »
Beberapa pemimpin kanan Bersatu dipanggil SPRM, terbaharu semalam“Sepatutnya ada mesyuarat biro semalam tetapi ketuanya membatalkan mesyuarat kerana dipanggil SPRM.'
Read more »
SPRM beku akaun BersatuPembekuan dilakukan dua minggu lalu selepas Bersatu dipercayai terima lebih RM300 juta wang daripada dana rangsangan ekonomi Covid-19.
Read more »