Herald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Menurut kamus dewan, ‘misteri’ adalah suatu peristiwa atau fenomena yang tidak dapat diterangkan, menimbulkan rasa ingin tahu, suspens oleh sebab fakta-fakta-nya tersembunyi.
St Atanasius, seorang ahli teologi yang bijaksana sekitar abad keempat pernah berkata, “Keperibadian Tuhan Bapa itu berbeza dengan Putera dan Roh Kudus, namun Bapa, Putera dan Roh Kudus tetap satu, bukan tiga.” Dengan demikian 1+1+1=3 dalam ilmu matematik tidak sama dengan Tritunggal Maha Kudus yang adalah 1+1+1=1.
Kemudian dalam memberikan mandat yang terakhir kepada para Rasul, Yesus berkata, “…pergilah, jadikanlah semua bangsa murid- Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus” . Melalui kata-kata Yesus ini menjadi jelas kepada kita bahawa Tritunggal Maha Kudus itu seakan-akan berada di dalam sebiji kapsul.
Apa yang penting kita lakukan adalah menghidupi semangat Tritunggal Maha Kudus tersebut. Dengan kata lain menjadikan-Nya sebagai gaya hidup baik sebagai seorang peribadi, keluarga atau komuniti di mana kita berada. Tidak kiralah sama ada komuniti kita itu dalam bentuk keluarga, komuniti Kristian dasar setempat, di pejabat-pejabat dan tempat kerja, kita perlu bersandar pada semangat Tritunggal Maha Kudus.Misalnya apabila kita menyedari bahawa keluarga kita adalah gambaran keluarga Tuhan, maka ianya dapat membantu para pasangan untuk mengatasi pelbagai masalah yang mengurangi keintiman mereka.
Sesungguhnya kita tidak boleh lari daripada pelbagai kesulitan hidup. Tetapi jika kita tetap mengamalkan semangat Tritunggal Maha Kudus, maka lambat laun kita akan mengalami dan melihat adanya semangat kasih, kepedulian, sokongan, pengampunan dan keadilan sosial terjadi di sekitar kita.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
WCC condemns attack against Christian rally in JerusalemHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Vatican Observatory Summer School reopens its doorsHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Cathedral celebrates early Gawai Dayak MassHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Unicef Somalia: 400,000 displaced by floodsHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
Young peace-makers meet with Pope in VaticanHerald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »
World religions to share values and knowledge at COP28Herald Malaysia - daily news source with Malaysian and Global coverage of the Catholic Churches. Catholic News,World Christian News, Malaysia Church News
Read more »