Berbaju Melayu, Edan Syah pecah rekod dunia larian maraton
KUALA LUMPUR : Jurulatih larian Malaysia, Mohd Syahidan Alias atau Edan Syah, berjaya mencipta sejarah dalam Guinness World Record sebagai Pelari Terpantas Dalam Persalinan Baju Melayu menerusi acara maraton yang diadakan di London, United Kingdom , baru-baru ini.
Berkongsi mengenai kejayaan tersebut, kata Edan menerusi media sosial, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kemenangan tersebut yang menyaksikan kali pertamanya berlari untuk sebuah acara dalam persalinan baju Melayu. Selain itu, menurut pereka fesyen Bulan Bintang, Mas Anneesya, baju Melayu yang dipakai oleh Edan untuk acara maraton tersebut tidak mudah dihasilkan dan berbeza daripada baju Melayu sedia ada di pasaran.
“Lebih menarik lagi, reka bentuk sampin bercetak yang dipakai Edan Syah mempunyai poket yang berfungsi untuk meletakkan gel tenaga untuk pelari dan botol air kecil manakala songkok pula menggunakan fabrik baldu dan mesh dengan saiz lubang yang lebih besar untuk membolehkan pengudaraan yang lebih banyak,”katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perlembagaan Persekutuan bahasa Melayu peningkatan nasionalAgak pelik kepada masyarakat umum apabila perkataan tertentu dalam bahasa Inggeris, misalnya parent seperti pada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan pada naskhah bahasa Inggerisnya, boleh ditafsirkan sebagai jamak.
Read more »
Pejabat Pos Bukit Rotan: Hampir 100 tahun masih setia menanti surat andaSejak 1926, Pejabat Pos Bukit Rotan terus-menerus berkhidmat dalam teratak klasik persis rumah tradisional orang Melayu.
Read more »
Tujuh hari bertarung nyawa, kanak-kanak jatuh kolam meninggal duniaSelepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang sebuah taska, akhirnya menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Read more »
Tiga beradik meninggal dunia selepas lemas di Pantai Cahaya, PDTiga beradik meninggal dunia selepas lemas di Pantai Cahaya, PD
Read more »