KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan baik pulih kuarters penjawat awam termasu...
: Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan baik pulih kuarters penjawat awam termasuk anggota polis dan tentera, mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa dan bermaruah bagi golongan itu.
Pegawai Kem Komandan Briged Utara Insp Mohd Shaparrin Mohammmed berkata peruntukan itu diharap dapat menampung lebih banyak penyelenggaraan bangunan kuarters yang rosak dan usang di kem berkenaan. Mohd Shaparrin berharap peruntukan dalam Belanjawan 2024 dapat menaik taraf baki lima tingkat blok berkenaan dan menambah baik blok yang lain, memandangkan kira-kira 200 penghuni pelbagai pangkat mendiami kuarters di beberapa blok dalam kem itu.
Pandangan sama turut dikongsi Kpl Shila Sidek, 39, yang mencadangkan agar usaha baik pulih perlu diberi fokus kepada kuarters lama yang masih mempunyai dua bilik berikutan ia dilihat kurang sesuai bagi anggota yang mempunyai keluarga besar. “Saya harap di bawah peruntukan yang baharu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, baik pulih yang lebih sempurna dapat dilaksanakan Kementerian Pertahanan agar kehidupan anggota yang tinggal di kuarters lebih selesa,“ katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Belanjawan 2024: Tambah baik kemudahan, rawatan perubatan pengiktirafan buat Unit K9 JBPMKUALA LUMPUR: Usaha kerajaan menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...
Read more »
Mengapa ‘umum dulu, nanti baru fikir’, soal ketua pembangkang berkait cukai Belanjawan 2024Hamzah Zainudin membidas kerana tiada perincian lanjut dalam dokumen rasmi.
Read more »
Hamzah Zainudin: PN sokong inisiatif dalam Belanjawan 2024 demi masa depan rakyatKUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif baik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk S...
Read more »
Belanjawan 2024 perkasa inisiatif KDN di Sabah - Saifuddin NasutionTUARAN: Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas akan memperkasa inisiatif Kementerian Dalam Negeri (...
Read more »
Usah salah guna peruntukan Belanjawan 2024 untuk kekang suara pembangkangJika tindakan itu dilakukan, ia melanggar prinsip kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Read more »
Bajet 2024 adalah belanjawan prorakyatSAYA terkejut membaca kenyataan seorang pensyarah yang mendakwa Bajet 2024 tidak mempunyai reformasi struktur ekonomi.
Read more »