KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kont...
: Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana dalam usaha merancakkan lagi industri pembinaan negara.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata bagi melaksanakan projek-projek ini secara berkesan ia memerlukan kontraktor serta personel binaan yang mahir dan juga mempunyai kompetensi yang diiktiraf. “Oleh yang demikian, CIDB akan menyediakan latihan-latihan kemahiran yang diperlukan untuk pelaksanaan projek-projek yang tersenarai di dalam Belanjawan 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sejak tahun 2000, CIDB telah melatih lebih daripada 400,000 pekerja mahir pembinaan di dalam pelbagai bidang yang amat diperlukan industri dan seramai 99,000 penyertaan bagi Kursus Pengurusan Kontraktor dicatatkan sejak 2014, katanya.
Mohd Zaid berkata pada 2022 CIDB telah membelanjakan hampir RM30 juta untuk melatih belia dan personel binaan dan seramai 3,742 belia serta 5,178 personel binaan telah mengikuti latihan kemahiran yang dijalankan oleh CIDB Malaysia. “CIDB bersedia dalam melaksanakan inisiatif ini yang mendokong salah satu prinsip-prinsip utama MADANI iaitu mendorong kepelbagaian dan inklusiviti dalam tenaga kerja yang melibatkan masyarakat tempatan dalam projek pembinaan,” katanya. - Bernama
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bajet 2024 adalah belanjawan prorakyatSAYA terkejut membaca kenyataan seorang pensyarah yang mendakwa Bajet 2024 tidak mempunyai reformasi struktur ekonomi.
Read more »
Jentera kerajaan perjelaskan inti pati Belanjawan 2024 kepada rakyatPUTRAJAYA: Semua jentera kerajaan perlu memperjelaskan dan memberi penerangan mengenai inti pati Belanjawan 2024 kepada rakyat, kata Perdana Menteri D...
Read more »
Belanjawan 2024: Gerakan dakwa peruntukan JKOM bebankan kewangan negaraParti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan kenaikan peruntukan emolumen sebanyak 39 peratus kepada Jabatan Komunikasi Komuniti
Read more »
Belanjawan 2024: Kecewa vs gembiraPemikiran Baharu
Read more »
Belanjawan 2024: K’jaan jaga kebajikan, sedia kediaman bermaruah kepada polis, tenteraKUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan baik pulih kuarters penjawat awam termasu...
Read more »
Belanjawan 2024 mempercepatkan kemajuan teknologi dengan dasar berwawasan, kata MyIXKUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 telah merangkumi dasar berwawasan yang akan mempercepatkan kemajuan digital dan teknologi di Malaysia, kata bursa Intern...
Read more »