Timbalan Ketua Presiden Kyrylo Tymoshenko mengesahkan serangan peluru berpandu dilancarkan ke atas kemudahan di Kyiv.
KYIV: Beberapa letupan menggegarkan ibu negara Ukraine pada pagi tadi ketika pegawai tempatan melaporkan serangan dilancarkan ke atas sebuah kemudahan penting di bandar tersebut.
Timbalan Ketua Presiden Kyrylo Tymoshenko menerusi Telegram mengesahkan serangan peluru berpandu dilancarkan ke atas kemudahan penting di Kyiv.Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko berkata, beberapa letupan berlaku di daerah Dniprovskiy dan menggesa penduduk kekal berada di rumah atau mencari lokasi yang selamat untuk berlindung.
Klitschko berkata, serpihan sebuah peluru berpandu terjatuh di daerah Goloseevsky tanpa menyebabkan kemalangan jiwa. Sejak Oktober lalu selepas siri kekalahan pasukan tentera Russia di Ukraine, Moscow mengubah taktik dan menyasarkan serangan ke atas kemudahan penting secara sistematik. Syarikat tenaga berlumba-lumba untuk membaiki grid kuasa apabila musim sejuk melanda negara itu. – AFP
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemilihan Umno: Zahid serah kepada perwakilan | The Malaysian InsightIa susulan gesaan beberapa pihak termasuk 140 daripada 191 ketua bahagian Umno menggesa jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan.
Read more »
UMNO Wilayah tolak usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertanding“Belum terlambat untuk UMNO beri nafas baharu dan segar. Mungkin kita semua termasuk saya sendiri sudah membuat banyak kesilapan sebelum ini tetapi takkanlah kita nak biarkan kesilapan ini berterusan jika kita sedar dan tahu akibatnya?
Read more »
Perwakilan lulus usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkanSebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau bersedia berhadapan tentangan untuk mempertahan kedudukannya termasuk melibatkan nama Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin sendiri.
Read more »
PAU Umno lulus usul jawatan presiden, timbalan tidak dicabar | The Malaysian InsightIa dibuat majoriti perwakilan selepas selesai perbahasan usul ucapan dasar presiden petang tadi, kata Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Ahmad Said.
Read more »
Regim percukaian negara perlu dirombak untuk tarik FDI, kata Zahid | The Malaysian InsightTimbalan perdana menteri mencadangkan supaya tax holiday, insentif kredit baharu mesti diberikan.
Read more »