PPS terakhir iaitu di SK Sungai Kelamah ditutup pukul 2.07 petang tadi.
SEREMBAN: Kesemua pusat pemindahan sementara yang dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas banjir di negeri ini sejak 1 Mac lalu telah pun ditutup.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan memaklumkan, PPS yang menempatkan paling ramai mangsa banjir sebelum ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah, Tampin juga ditutup sepenuhnya pada pukul 2.07 petang tadi. Secara keseluruhannya, banjir yang melibatkan tiga buah daerah di Negeri Sembilan iaitu di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah ekoran kejadian hujan berterusan menjejaskan seramai 1,097 mangsa daripada 312 keluarga.
Sebanyak 14 buah PPS juga telah beroperasi dengan daerah Tampin menyaksikan sebanyak lapan buah PPS dibuka, diikuti empat buah di Jempol dan dua buah PPS di Kuala Pilah.-UTUSAN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lebih 40,000 mangsa banjir 6 negeri ditempatkan di PPSSelangor yang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir menyaksikan 107 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
Read more »
Lebih 40,000 mangsa banjir di 6 negeri ditempatkan di PPS | The Malaysian InsightDi Johor, keadaan banjir memburuk dengan jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 37,322 orang setakat 8 pagi.
Read more »
Mangsa banjir di PPS catat penurunan di Negeri SembilanEmpat PPS masih beroperasi di daerah Tampin yang menempatkan seramai 716 orang mangsa banjir.
Read more »
Banjir: 34 mangsa dipindah ke PPSSeramai 34 penduduk Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman di sini, dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dilanda banjir, hari ini.
Read more »
Banjir meningkat di Pahang, 2,031 mangsa ditempatkan di 22 PPSSehingga pukul 8 pagi ini, mangsa banjir di Rompin meningkat kepada 1,905 orang daripada 592 buah keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.
Read more »