148 mangsa pemindahan diasingkan di SK Juru dan SJK (C) True Light. FMTNews Banjir PulauPinang
GEORGE TOWN: Seramai 148 orang berhampiran Perai dan Bukit Tengah di Pulau Pinang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan di 2 sekolah selepas banjir kilat setinggi 1m melanda kediaman mereka berikutan hujan lebat petang semalam.
Mangsa pemindahan yang berasal dari 36 keluarga itu, diasingkan di SK Juru dan SJK True Light sejajar dengan langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19. Mereka termasuk 5 bayi dan 2 wanita hamil, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan negeri, Phee Boon Poh. Hujan lebat berukuran 26mm turun selama 2 jam di tanah besar Pulau Pinang, menyebabkan banjir kilat di beberapa kampung di kawasan rendah, kata jawatankuasa mitigasi banjir Pulau Pinang, semalam.
Jawatankuasa itu berkata 113 rumah terjejas akibat banjir di kawasan Perai dan Bukit Tengah. Sepuluh kawasan lain di Butterworth dan Kepala Batas dilaporkan turut terjejas.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pulau Pinang dilanda ribut, banjir kilatLebih 50 rumah, terutama di kawasan Seberang Perai Utara dimasuki air berikutan hujan lebat lebih 2 jam. FMTNews Banjir
Read more »
Banjir kilat di Bukit MertajamSERAMAI 120 mangsa membabitkan 26 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) True Light selepas rumah mereka di Taman Mangga, Bukit Tengah dekat Bukit Mertajam dilanda banjir kilat, malam tadi.
Read more »
6 keluarga mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPSsungkai Seramai 26 orang penduduk termasuk seorang bayi lelaki dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat kejadian banjir kilat di Kampung Kelah Baru, dekat Sungkai, malam tadi.
Read more »
Pulau Pinang benar solat Aidilfitri di rumahgeorgetown Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.
Read more »
PKP hidupkan semula Sungai Pinang yang pernah tercemar | The Malaysian InsightAir sungai berubah dari hitam pekat menjadi hijau, menurut gambar udara yang dipaparkan The Star.
Read more »
MCO revives once-polluted Sg Pinang | The Malaysian InsightThe Star reports that Penang river, which was among the country’s dirtiest, now jade green with algae.
Read more »