Bakar al-Quran: PAS gesa kerajaan bertindak lebih tegas
Tindakan biadab pelarian Iran yang menetap di Sweden Salwan Momika mengadakan protes di hadapan sebuah masjid di Stockholm, Rabu lalu dengan memijak dan membakar al-Quran. – Gambar Facebook, 2 Julai, 2023.
PAS mengutuk insiden membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, Rabu lalu semasa cuti sambutan Aidiladha dan berharap agar kerajaan Malaysia bertindak lebih tegas dan aktif dalam isu berkenaan. Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassa, berkata kerajaan perlu menunjukkan keseriusan dalam isu berkenaan dan mengetengahkan mesej keamanan serta persaudaraan yang dibawa oleh Islam selaras dengan dasar dan pegangan negara.
“Selain mengeluarkan kenyataan rasmi atau memanggil wakil Sweden ke negara ini bagi menyampaikan protes kita, PAS juga menggesa Kementerian Luar supaya memanggil pulang duta kita ke negara berkenaan sebagai langkah bantahan yang lebih tegas,” katanya dalam kenyataan, malam ini. Katanya, kerajaan juga boleh berperanan secara lebih aktif di pentas dan forum antarabangsa bagi menggembleng suara dan tindakan dunia dalam menghalang dan memberi tekanan kepada kerajaan serta pihak berkuasa Sweden daripada terus bersikap sambil lewa terhadap perbuatan tersebut. – Bernama, 2 Julai, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Criticizes Sweden Over Quran Burning Incident | TRPAn individual was permitted to burn the Quran in front of a mosque in Stockholm during the Eidul Adha celebrations.
Read more »
Tindakan cemar al-Quran kesalahan jenayah di RussiaMOSCOW: Presiden Vladimir Putin menegaskan sebarang tindakan mencemarkan al-Quran termasuk merosakkan atau membakar kitab suci itu merupakan kesalahan jenayah di Russia.
Read more »
PAS president in hospital, son says ill before AidiladhaKUALA LUMPUR, June 1 — PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang is currently hospitalised for an unknown illness. His son, Muhammad Khalil Abdul Hadi, took to Facebook this...
Read more »
PAS’ preoccupation with ‘modesty’ | The Malaysian InsightIslamist party continues to harp on clothing while failing to solve pressing problems.
Read more »
Hadi's health deteriorating, says sonPAS president being monitored in hospital, Khalil says.
Read more »
Keluarga umum Hadi jatuh sakit, terima rawatan di hospital | The Malaysian InsightHadi sudahpun keuzuran ketika hadir ke pelancaran jentera Pemuda PAS Terengganu sebelum sambutan Aidiladha.
Read more »