penampang PERHENTIAN bas di Kampung Kuai Kandazon, Penampang menjadi lokasi pemberian keperluan barangan asas secara percuma kepada penduduk setempat yang memerlukan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penduduk kampung berkenaan akan menyumbangkan keperluan makanan mengikut kemampuan masing-masing setiap hari untuk individu atau keluarga yang terjejas pendapatan harian mereka.
Malahan terdapat sesetengah penderma turut membungkus sumbangan mereka di dalam plastik khas yang sudah mengandungi pelbagai barang keperluan termasuklah beras dan minyak masak. “Usaha ini sudah bermula sejak minggu pertama PKP diumumkan pada 18 Mac lalu. Permulaan inisiatif ini hanya dimulakan oleh beberapa penduduk kampung sahaja berikutan menyedari ada golongan kurang berkemampuan yang terkesan serta tidak dapat turun bekerja.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pergerakan penduduk Kampung Baru dihadkankualalumpur Pergerakan penduduk Kampung Baru, mula dihadkan dengan tidak dibenarkan keluar dari kampung berkenaan oleh pihak berkuasa bermula hari ini.
Read more »
Jual murah elak hasil tani rosakSimpangRenggam Bagi mengelakkan hasil tanaman yang ditanam berhampiran rumah rosak, penduduk kampung terpaksa menjualnya dengan harga murah walaupun berdepan kerugian.
Read more »
Rondaan berbasikal pantau PKPDALAM memastikan tiada sebarang pergerakan keluar masuk pada waktu malam, sekumpulan penduduk Kampung Tanjung Aru Lama, di Kota Kinabalu mengambil inisiatif melakukan rondaan berbasikal sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Read more »
Covid-19: Lebih 600 penduduk Kampung Baru jalani saringankualalumpur covid19 Lebih 600 penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur menjalani ujian saringan Covid-19 sesi pertama hari ini berikutan kawasan itu diwarta sebagai zon merah.
Read more »
Terima kasih Cikgu SahaimiPRIHATIN terhadap masyarakat sekeliling mendorong guru Sekolah Kebangsaan (SK) Simpai Pekan, Pahang, Mohamad Sahaimi Zainal mengumpul dana bagi membeli barangan keperluan untuk disumbangkan kepada penduduk Orang Asli yang tinggal sekitar kawasan perumahannya.
Read more »
Baiknya abang polis...langkawi Sikap kasih kepada haiwan menyebabkan seorang pegawai polis trafik tampil menyelamatkan anak kambing terperangkap pada pukat di Taman Nilam di Langkawi, hari ini.
Read more »