Apa sebenarnya yang berlaku?
KUALA LUMPUR : Isu usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan terus menjadi pertikaian termasuklah pemimin parti yang dipecat dan digantung parti sebelum ini.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempersoal perkara itu apabila urusan parti melibatkan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk memberi pengecualian terhadap usul tambahan yang ditolak Jabatan Pendaftar Pertubuhan .“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” katanya.
Saifuddin dalam satu kenyataan kemudiannya memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini. Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntuk menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen 13 akta berkenaan pula memperuntuk pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Usul lulus ‘top 2’ tak dipertanding, ahli Umno pertimbang semakan kehakimanAhli Umno Kuala Nerus Aizat Fikri Nasir berkata dia meragui pengecualian melalui Seksyen 70 diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN), boleh disalah guna pihak tertentu.
Read more »
Dr. Faizal mahu kembalikan kemenangan UMNO di Pasir SalakAnak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Dr. Faizal menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dalam pemilihan parti itu kali ini.
Read more »
Umno veteran claims PAS plotting to bring down governmentPETALING JAYA: Umno veteran Tan Sri Shahrir Abdul Samad claimed that PAS and its president Tan Sri Abdul Hadi Awang are attempting to topple the unity government for their advantage.
Read more »
Home Ministry yet to receive letter from ROS approving Umno no-contest motion, says SaifuddinGEORGE TOWN: The Home Ministry has yet to see the letter from the Registrar of Societies (ROS) approving the additional motion that the posts of Umno president and deputy president not be challenged in the party’s election this year.
Read more »
Penyertaan bekas ADUN UMNO, Warisan telah diterima-HajijiPenyertaan tujuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Parti Warisan (Warisan) ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah
Read more »
Pemilihan Umno, menteri belum tengok surat RoS yang diterima Zahid | The Malaysian InsightPada Sabtu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya menerima surat daripada Saifuddin berkait keputusan RoS.
Read more »