Analisis: UMNO bakal seperti MCA ? BERITA NASIONAL Politik POLITIK PRN
Pilihan Raya Negeri membabitkan enam negeri kelmarin menyaksikan prestasi UMNO dan Barisan Nasional terus merosot apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi iaitu merangkumi sekitar 17.5 peratus sekali gus memberi tamparan cukup hebat kepada parti yang sebelum ini menjadi tempat kebergantungan orang Melayu dan Islam itu.
PN juga menunjukkan prestasi cemerlang di Selangor dengan menggagalkan majoriti dua pertiga PH-BN di negeri tersebut apabila menang 22 kerusi daripada 56 serta berjaya menembusi Pulau Pinang setelah menang 11 daripada keseluruhan 40 kerusi. Manakala Pas dan DAP khususnya terus menjadi parti paling cemerlang dengan penambahan kemenangan kerusi cukup luar biasa. Pas menang sekitar 105 daripada 126 kerusi iaitu merangkumi 82.7 peratus manakala DAP memenangi 46 daripada 47 kerusi yang mereka tandingi dalam PRN ini. Pas hanya kalah di 22 kerusi sahaja daripada 126 yang ditandingi.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis , Muhammad Izmer Yusof berkata, kemerosotan sokongan terhadap UMNO kerana orang Melayu dan Islam sudah mempunyai alternatif lain iaitu PN membabitkan Pas dan Bersatu.
“Melihat kepada situasi ini, tidak mustahil UMNO bakal menjadi seperti MCA yang akhirnya terus tenggelam sedikit demi sedikit memandangkan orang Melayu Islam sudah mempunyai alternatif lain iaitu PN. Bersama PH ketika ini, UMNO dilihat ada tidak bertambah dan pergi tidak berkurang. Jasa UMNO hanya mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di dalam kerajaan Perpaduan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kekalahan berterusan UMNO punca ahli khianat - Veteran UMNODalam erti kata yang mudah UMNO kalah teruk sejak PRU15 sehingga PRN yang baru lalu kerana dikhianati oleh ahlinya sendiri.
Read more »
PRN: BN, PKR Pulau Pinang analisis punca kekalahan calonPRN: BN, PKR Pulau Pinang analisis punca kekalahan calon BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRN
Read more »
Keputusan PRN mungkin bukan berita baik untuk pelabur, kata penganalisisPenembusan oleh Perikatan Nasional di Selangor dan Pulau Pinang akan membimbangkan komuniti perniagaan asing dan tempatan.
Read more »
ANALISIS: MB Kelantan, Mohd. Nasuruddin atau Mohamed Fadzli?KETUA Penerangan Pas Kelantan Datuk Mohd. Nasurruddin Daud dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan Datuk Dr. Mohammad Fadzli Hassan antara
Read more »
Hard questions for Zahid, Anwar after PN trounces UmnoUmno’s poor performance is expected to lead to calls for changes and for Ahmad Zahid Hamidi to step down as party president.
Read more »
Persoalan sukar buat Zahid, Anwar selepas Umno ditewaskan PNPrestasi buruk parti tonggak BN itu dijangka menguatkan gesaan agar berlakunya perubahan dalam parti, serta Zahid Hamidi berundur.
Read more »