BERITA NASIONAL TERKINI top Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang dapat gelaran Tan Sri
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.
Kedua-dua individu itu merupakan antara 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini. Selain itu Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad , Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jeneral, Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman serta komposer Datuk Seri Dr. Ahmad Khan Nawab Khan.
Seramai 33 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia , Roslan Ariffin.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS’ late spiritual leader Nik Aziz posthumously awarded 'Tan Sri', along with Kit Siang, Johari, Wan Junaidi, AnifahKUALA LUMPUR, June 5 — The late PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has been posthumously conferred the “Tan Sri” title in conjunction with the celebration of...
Read more »
Now retired, Lim Kit Siang expected to be first DAP leader conferred ‘Tan Sri’ titleKUALA LUMPUR, June 4 — Veteran politician Lim Kit Siang is expected to be conferred the prestigious “Tan Sri” title on the Yang di-Pertuan Agong’s Birthday tomorrow, months...
Read more »
Kit Siang layak terima gelaran ‘Tan Sri’, kata pemimpin DAPAhli Parlimen dan ADUN DAP berkata, veteran parti itu layak menerima gelaran tersebut kerana sumbangannya terhadap perkembangan politik dan demokrasi negara.
Read more »