Ajal suami isteri

United States News News

Ajal suami isteri
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

subangjaya إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Suami isteri meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34.4 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya, semalam.

Dalam kejadian 11.48 malam itu, mangsa, Mohamad Hassrul Nizzam Omar, 28, dan isterinya, Nur Haziqah Adam, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong kecemasan di kiri laluan."Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian. "Kami juga sedang mengesan jika kemalangan itu ada membabitkan kenderaan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 0194642222," katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Menangis dapat tahu suami penagihMenangis dapat tahu suami penagihWANITA baru habis pantang terkejut apabila suaminya ditahan polis kerana terbabit dengan dadah di Langkawi, semalam.
Read more »

Joe Flizzow kini suami Nini MariniJoe Flizzow kini suami Nini Marinirap DENGAN sekali lafaz, penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Marini Ramlan dalam satu majlis tertutup, hari ini.
Read more »

Diana Rafar, Zamarul Hisham menang kes mahkamahDiana Rafar, Zamarul Hisham menang kes mahkamahrap MAHKAMAH Majistret Shah Alam menolak tuntutan saman daripada syarikat perkhidmatan borong barangan China terhadap pasangan suami isteri pelakon, Zamarul Hisham dan Diana Rafar, hari ini.
Read more »

Sentiasa positif dan tenangSentiasa positif dan tenangKALAU abang nak kahwin lain, tunggu usia saya 45 atau 47 nanti,” wanita itu bersuara dalam nada santai, tetapi agak serius.
Read more »

Stres Covid-19 tembak isteri, anakStres Covid-19 tembak isteri, anakORLANDO: Tertekan gara-gara Covid-19, seorang lelaki di Florida tergamak menembak mati isteri dan anak lelakinya, Ahad lalu.
Read more »

Isteri Ooi Eow Jin tenang dengar azanIsteri Ooi Eow Jin tenang dengar azanISTERI kepada komposer Datuk Ooi Eow Jin, Datin Khaw Lean Kee bersyukur kerana proses Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipermudahkan dengan bantuan ramai orang.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 15:49:40