Kualalumpur Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas Covid-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan semua terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.
“Berikutan kes positif tersebut, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarahkan oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. “Seri Paduka turut menzahirkan perasaan amat sedih kerana masih ada rakyat Malaysia yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan atas kepentingan diri sendiri. Ini menyebabkan peningkatan kes-kes Covid-19 positif dan pertambahan kawasan-kawasan zon merah.
Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya wira dan wirawati di barisan hadapan, atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Agong, Permaisuri selesai jalani kuarantin diri, sah bebas Covid-19 | The Malaysian InsightSeri Paduka berdua dan keluarga menjalani kuarantin diri di Istana Negara susulan pengesahan beberapa kakitangan Istana Negara positif Covid-19 oleh pihak KKM dua minggu lepas.
Read more »
Agong, Raja Permaisuri wish healthcare frontliners Happy World Health Day | Malay MailKUALA LUMPUR, April 7 — The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah today wished Happy World Health Day to our heroic healthcare frontliners who have worked hard to keep us safe in...
Read more »
Man claims trial to posting offensive comments about AgongSufazrin Amin Ismail was slapped with eight charges of posting tweets on social media with the intention of annoying others. FMTNews SultanAbdullah Agong Twitter Insult
Read more »
Man claims trial to insulting Agong on Twitter | The Malaysian Insight26-year-old Sufazrin Amin Ismail granted bail at RM2,000 on each of 8 counts with one surety.
Read more »
Lelaki tak mengaku salah hina Agong | The Malaysian InsightSufazrin Amin Ismail, 26, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Read more »