Siasatan awal dilakukan mendapati tiga lelaki bertindak sebagai tukang petik dan tukang bungkus manakala pemandu lori akan membawa muatan plastik hitam tersebut dengan disembunyikan bersama barangan lain dan berselindung atas kapasiti lori pengangkutan…
PARIT: Polis menahan empat lelaki bersama 68 bungkusan ketum seberat 340 kilogram yang disimpan dalam sebuah lori dalam serbuan di sebuah premis dekat Sungai Durian, Jejawi, Kampung Gajah dekat sini semalam.
“Kesemua lelaki terbabit mengakui menjalankan kegiatan memetik, membungkus dan mengedarkan daun ketum yang belum diproses untuk dipasarkan ke Lembah Klang. Baruddin berkata, suspek mengakui mengambil peluang mengedarkan daun ketum yang belum diproses di kawasan kampung sekitar dan memperoleh tempahan daripada pembeli di sekitar Lembah Klang.