Pasangan adik-beradik serta seorang individu di dua syarikat dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman pasangan adik-beradik serta seorang individu di dua syarikat kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.
Menurut sumber, pasangan adik beradik yang berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu, berjawatan pengarah syarikat tersenarai awam dipercayai bersubahat bersama seorang lagi suspek wanita berusia 40-an yang juga pengarah di sebuah syarikat lain. Pasangan adik-beradik itu dipercayai bersubahat bagi membuat 16 pembayaran kepada wanita berkenaan yang membuat tuntutan palsu sejak tahun 2020.
Susulan itu, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Januari setelah Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kenyataan Hadi disiasat – SPRMSiasatan itu dilakukan memandangkan SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan bawah perkara C Akta SPRM 2009
Read more »
Nilai integriti pudar, `buaya ekonomi' buat tuntutan palsu, kata SPRM | The Malaysian InsightSeramai 133 individu ditahan dan lebih 100 syarikat disiasat melibatkan penyelewengan dana RM194 juta.
Read more »
Abang terkejut jumpa adik mati terbaringSiasatan awal mendapati, mangsa bersama abangnya berada di tepi kedai berhampiran pondok didiami si mati kira-kira pukul 3 petang semalam
Read more »
Rasuah PRU15 : Pas beri ruang SPRM lakukan siasatanPas memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berkait dengan tuduhan pemberian 'rasuah' kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Read more »
Domestic helpers: Report to Indonesia Consulate if agents charge over RM15,000JOHOR BARU, Jan 24 — Malaysians who are charged over RM15,000 by agents to obtain an Indonesian domestic helper have been urged to lodge a report to the Consulate General of the...
Read more »
Domestic helpers: Report to KJRI if agents charge over RM15,000Elaborating, Sigit said the MoU, which was signed in April last year, aims to protect both foreign workers and employers. theSun thesundaily KJRI domestichelper agents
Read more »