2,400 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda daftar di USIM
SEREMBAN: Seramai 2,400 orang pelajar baharu bagi pengambilan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Sains Islam Malaysia telah mendaftar secara fizikal bermula 3 Oktober lalu sehingga 7 Oktober.
Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Datuk Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, daripada jumlah itu, 1,557 orang terdiri daripada pelajar wanita dan 843 orang pelajar lelaki. “Seramai 2,400 pelajar mendaftar secara fizikal dan proses berjalan lancar. Kesemua pelajar mula melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian bermula 25 September lalu diikuti pendaftaran kolej kediaman mulai 3 hingga 4 Oktober.
“Mereka akan menjalani program taaruf di USIM bermula 5 hingga 7 Oktober ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor”, katanya. Sharifudin menjelaskan, pada kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menerima pelajar paling ramai iaitu melibatkan 408 orang pelajar.“Saya ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu ke USIM, semoga pengalaman yang akan diperoleh dan ditempuh selama empat tahun akan membantu mereka bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan tetapi membina sahsiah, jati diri dan intelektual yang akan menjadi harapan bangsa dan negara,” katanya.-UTUSAN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Smart #1 Brabus Malaysia unwrapped - promises 400+hp of performance and simulated V6 engine noise - SoyaCincauThe range topper Smart 1 Brabus is coming to Malaysia, and we now know how it looks like – and we have to say, it is a handsome looking car
Read more »
IGEM 2023 sasar pelaburan RM4 bilion dalam perniagaan berkaitan teknologiLebih 400 syarikat terkemuka bakal menyertai acara itu, dengan sasaran 40,000 pelawat dari lebih 40 negara.
Read more »
PBAPP draws up crisis management plan to tackle Sg Muda incidentsGEORGE TOWN: The Penang Water Supply Corporation (PBAPP) will present a Sungai Muda Crisis Management Plan to the Penang government following disruptions in supply caused by incidents involving the river in Kedah.
Read more »
Penang water crisis: PBAPP to present Sg Muda crisis management plan to state govtGEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) will present the Sungai Muda Crisis Management Plan (SM-CMP) to the Penang government, to pro...
Read more »
Pengundi muda Pelangai masih atas pagar, jadi king makerPengundi muda Pelangai masih atas pagar, jadi king maker
Read more »