18 orang dipenjara dan denda kerana hadir pengebumian ketika PKP
GARA-GARA mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghadiri beramai-ramai upacara pengebumian seorang rakan yang meninggal dunia Khamis lepas, 18 lelaki dihukum penjara enam hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Mereka ialah K. Veeran, P. Thanasegaran, J. Arvinthan, C. Sangkar, M. Prabahkaran, J. Johnpeter, A. Kalaiselvan, S. Surendren, N. Rubes, M. Selvaraju, M. Paremesvaren, R. Logaarajan, M. Devan, A. Prakash, S. Rubendran, S. Santhakumar, S. Parthiban, dan L. Premkumar. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber memohon mahkamah mengambil kira bahawa kes itu tular di media sosial dan menjadi perhatian umum.
Kesemua didakwa bersama-sama berhimpun tanpa sebarang alasan munasabah atau dengan kebenaran pegawai polis dari Balai Daerah Klang, di sebuah tapak perkuburan di Jalan Keretapi Lama, pada 2 petang 16 April lepas.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
NGO selar layanan berat sebelah terhadap pesalah PKP | The Malaysian InsightNGO mengatakan tindakan terhadap menteri dan exco dilihat sambil lewa sementara rakyat biasa dipenjara.
Read more »
Polis rakam keterangan MB Terengganu isu langgar PKP | The Malaysian InsightPolis akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Read more »
Tangkapan individu ingkar PKP meningkat di Sabah | The Malaysian InsightIni menunjukkan ramai pihak tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.
Read more »
Sisa industri kurang waktu PKP tapi sampah domestik banyak | The Malaysian InsightKakitangan pelupusan pula berdepan risiko tinggi menguruskan sisa yang dikhuatiri dicemari virus Covid-19.
Read more »
Tak bekerja sepanjang PKP, pelarian berdepan risiko usir dari rumah | The Malaysian InsightMereka bekerja gaji hari dan tak mampu bayar sewa sepanjang PKP diadakan.
Read more »
Cadangan ‘penjara sementara’ untuk pesalah PKP dikecam | The Malaysian InsightIa menelan kos tinggi, mewujudkan risiko kesihatan dan keraguan campur tangan bidang kuasa mahkamah.
Read more »