PETALING JAYA: Polis menahan 10 individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak dekat sini semalam.
Serbuan tersebut hasil kerjasama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Wangsa Maju dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, tangkapan melibatkan enam suspek merupakan wanita dan empat lelaki berusia antara 21 hingga 36 tahun. Katanya, sindiket tersebut menawarkan melalui laman sosial perkhidmatan kepada individu yang ingin mendapatkan pinjaman wang dari institusi bank tempatan dengan memalsukan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak bank.“Dalam serbuan itu, kita turut merampas l tiga set komputer, 77 keping kad ATM pelbagai bank, 10 unit telefon bimbit.
“Turut dirampas cop getah atas nama pelbagai syarikat dan beberapa pukal dokumen bank, Suruhanjaya Syarikat Malaysia , CTOS dan penyata gaji atas nama pelanggan yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen,” katanya dalam kenyataan hari ini.Jelasnya, kesemua tangkapan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai, dinasihatkan agar jangan mudah percaya dengan tawaran dari mana-mana pihak yang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan urus niaga,” katanya. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Beatrice pecah rekod kategori wanita KLSCM 2023PETALING JAYA: Rekod bagi kategori Terbuka Wanita dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Maraton (KLSCM) 2023
Read more »
Nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin diserah InterpolPETALING JAYA: Permohonan notis merah ke atas dua individu termasuk Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Read more »
Lucrative side hustle sways driversPETALING JAYA: When software engineer E. Chan returned from Jakarta late one evening, he found that he couldn’t book an ehailing ride from the Kuala Lumpur International Airport to his home in Petaling Jaya.
Read more »
New Kota Kinabalu night market at Sadong JayaKota Kinabalu: City Hall (DBKK) will open a new night market in Sadong Jaya, called D’Soang Market Sembulan River.
Read more »
Polis tahan dua lelaki samun dan cederakan kontraktorGEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki kerana menyamun rantai leher dan mencederakan seorang kontraktor dalam kejadian samun di bawah sebuah flat di Ja...
Read more »