10% ganjaran untuk maklumat tepat barangan lari cukai kepada kastam
JABATAN Kastam Diraja Malaysia hari ini menawarkan ganjaran 10 peratus daripada nilai rampasan kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat mengenai barangan yang dikategorikan lari cukai berserta pelakunya.
“Kita harap lebih ramai menghubungi JKDM jika lihat perkara disyaki, kita anggap pemberi maklumat ini sebagai kategori A iaitu apabila JKDM sampai di tempat tersebut boleh terus tangkap pelaku dan barangan yang lari cukai itu, ia termasuk juga kes melibatkan dadah,” katanya. Ahmad berkata maklumat berkenaan diperlukan bagi membasmi aktiviti berkenaan yang akan merugikan rakyat dan negara, malah pemberian ganjaran itu sebenarnya sudah lama dilakukan JKDM tapi tidak diuar-uarkan.
Beliau berkata tugas dan peranan JKDM bukan hanya mengutip cukai atau hasil untuk negara bahkan untuk menjaga ketenteraman negara.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muda umum 6 lagi calon untuk PRN | The Malaysian InsightKetua Penerangan Muda Luqman Long dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Bandar Terengganu.
Read more »
Jabatan Peguam Negara ada fakta kes kuat untuk dakwa Sanusi, kata Zahid | The Malaysian InsightTimbalan perdana menteri berkata ia tiada kaitan dengan PRN pada 12 Ogos ini.
Read more »
3 maut dalam kereta dipercayai berhenti untuk rehat, tidur | The Malaysian InsightPemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 9.15 malam tadi.
Read more »
Ada keperluan untuk unit khas tangani 3R di media sosial, kata Fahmi | The Malaysian InsightBeliau berkata agensi terlibat termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Read more »
Mahkamah tiada kuasa bicara saman berkaitan projek HSR | The Malaysian InsightPeguam cara negara berkata ia suatu keputusan dasar awam Kabinet.
Read more »